Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Saturday, March 6, 2010

Ayam Panggang ala Kenny Rogers & Garlic Mashed Potato

NASI AYAM



Resepi nasi ayam ni sama jer ngan N3 yg lepas...cuma aku tukar resepi utk ayam. Aku tambah menu Garlic Mashed Potato. Rasa ayam & mashed potato mmg puas hati...nyam..nyam sedap. Tapi cuma ayam tu x cantik masa aku bakar yg separuh kerat pertama & x berminyak2...aku sapu mentega skit sgt....jd agak kering skit...tapi 2nd time bakar yg separuh lagi baru ok....aku taruk sayur skit....mabeles...sedap..


AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Sebelum dihias dgn sayur-sayuran

Aku taruk sayur sikit.....

Resepi asal: Sharm1969@myresipi...tp aku jumpa dlm Hana's Family apa pun TQ ye...mmg sedap...

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Sedikit mentega - utk sapu pada permukaan ayam
Bahan2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (takde stok lada hitam serbuk)
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air - untuk mengisar
CARA-CARA:
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- Linda perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.


GARLIC MASHED POTATO

Resepi asal: MommaMia@myresipi...tapi aku jumpa dr Hana's Family...sedap weiii...kalah KFC...cuma aku punya gravy golap....hehehe...

BAHAN-BAHANNYA
Bahan mashed potato:
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream
  • 1 sudu kecil black pepper
Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( Aku gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih- Aku gune butter
CARA-CARANYA:
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi. (jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi.

Saturday, January 23, 2010

AYAM BLACK PEPPER & SUP SAYUR

Menu makan tengahari tadi....menu biasa2 jer.....jemput2 la ye....

AYAM BLACK PEPPER
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - potong kecil
sedikit brokoli
1/2 biji capsicum / 1 biji cili hijau or merah
1/4 batang carrot - potong racik
1 biji tomato - belah 6
2 batang sodek jagung
1 labu bawang besar - potong bulat tebal
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
Jus asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya

Bahan tumis:
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2-3 ulas bawang putih - ketuk / mayang nipis
2 cm halia - diketuk

Bahan kisar:
2 sudu besar lada hitam
4 ulas bawang merah / 1 labu bawang besar
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih

Cara menyediakannya:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis & bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam, jus asam jawa, garam, gula, sos tiram, kicap pekat & kicap manis. Kacau semua rata. (tambah air jika nk berkuah)
3. Bila ayam separuh masak, masukkan carrot & sodek jagung. Agak2 dah lembut, masukkan brokoli, capsicum & bawang besar.
4. Bila ayam & semua dah empuk, angkat & hidangkan.


SUP SAYUR
Sup sayur ni semuanya aku agak2 jer. Cara nk potong pun ikut suka hati. Kalu rajin, potong cantik2 or berbentuk2. Budak2 pun tertarik. Nak taruk sayur apa pun x kisah. Bagusnya budak2 ni leh pilih sayur apa diorg nk mkn....semua dlm satu mangkuk....

Bahan-bahan:

Kacang buncis
Brokoli
cendawan
Capsicum
Sodek jagung
carrot
Bunga kobis
2 cm halia - ketuk
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 ketul kiub ayam
Sedikit ayam - potong kecil2
Garam secukup rasa
minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara menyediakannya:
1. Tumis bawang & halia sehingga naik bau. Masukkan air, ayam & kiub ayam.
2. Bila dah mendidih, masukkan sayur yang keras dahulu. Bila ayam dah masak & sayur dah empuk, masukkan pula sayur yang lembut > capsicum & cendawan (kena agak sendiri). Suaikan rasa masin. Bila semua dah masak, angkat & hidangkan panas2.

Sunday, January 17, 2010

NASI AYAM MADU




NASI AYAM> SAJI Jun 2002 & olahan aku

BAHAN-BAHANNYA:
Bahan Ayam:
  • 1 ekor ayam - potong ikut suka & bersihkan
  • 3 cm Halia *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 sudu besar lada hitam* (* di tumbuk)
  • 3 sudu besar madu
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar jus limau / lemon
  • 1 sudu kecil garam halus
  • Minyak masak secukupnya (1 sudu besar digunakan jika masak cara bakar)
Bahan Sup :
  • 3 ulas bawang putih - ketuk / mayang nipis
  • 3 cm halia - ketuk / hiris nipis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 ketul kiub pati ayam (optional)
  • 2 liter air (agak2, x cukup tambah lagi)
Bahan Nasi:
  • 500 gm beras - bersih & toskan
  • 750ml air / air rebusan ayam (air brgantung kpd jenis beras)
  • 1 ketul kiub stok ayam
  • 2 helai daun pandan - simpulkan (optional)
  • 1 cm halia - diketuk / dihiris nipis*
  • 1 ulas bawang putih - ketuk / mayang nipis*
  • 1 ulas bawang merah - mayang nipis*
  • 1 batang kulit kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga* (* bahan tumis)
  • 2 sudu besar marjerin / 2 sudu besar minyak ayam
  • Garam secukup rasa
Bahan Sos Cili:
  • 3 biji cili merah*
  • 3 biji cili padi*
  • 2 cm halia muda* (*kisar/tumbuk halus)
  • 1 sudu besar minyak ayam / minyak masak
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • sedikit minyak bijan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air
Bahan Untuk Kicap:
  • 1/2 cwn kicap cair
  • 1/2 sudu kecil kicap pekat
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cwn air rebusan ayam
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil minyak masak
Bahan Tambahan:
  • 1 tangkai daun sup*
  • 1 tangkai daun bawang*
  • 1 tangkai daun ketumbar* (* potong 1cm)
  • Timun
  • Tomato
  • 1 pokok salad
  • Bawang goreng secukupnya
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Utk Ayam:
  • Tumis bawang putih, halia & rempah tumis hingga garing. Masukkan air & jerang hingga mendidih.
  • Masukkan ayam & sup bunjut. Masak sehingga separuh empuk / ayam empuk (terpulang pada selera masing2). Keluarkan ayam, cucuk dengan garfu & toskan.
  • Sediakan bahan perap ayam. Gaulkan semua bahan perap & ayam sehingga semuanya digaul rata. Perap sekurang-kurangnya 1 jam (simpan semalaman dlm fridge lagi bagus).
  • Jika ayam hendak digoreng, tak perlu goreng terlalu lama kerana ayam sudah direbus. Sekadar mengeringkan permukaannya.
  • Jika ayam dimasak cara bakar, bakar sekadar mengeringkan permukaan ayam. Semasa separuh membakar, keluarkan ayam & sapukan dengan minyak supaya permukaan ayam nampak berminyak /berkilat (tidak kering).
2. Utk Nasi:
  • Panaskan myk ayam/marjerin dlm kuali. Tumiskan bahan tumis hingga naik aroma. Masukkan beras, daun pandan, kiub stok ayam serta garam.
  • Kacau hingga rata & tuangkan kedalam periuk nasi elektrik.
  • Masukkan air rebusan ayam & kacau sekali lagi hingga rata & masak macam biasa.
* Jika nk cepat
> x perlu tumis & goreng beras tadi. Masukkan beras, air rebusan, kiub stok ayam, garam & daun pandan terus kedalam periuk elektrik. Kacau semua rata & masak mcm biasa.

3. Utk Sup:
  • Air rebusan ayam tadi boleh ditambah kiub stok ayam jika suka. Diperisakan garam secukup rasa. Jika kuahnya sikit boleh ditambah air lagi. Panaskan sebelum dihidangkan.
  • Cedokkan sup kedalam mangkuk kecil. Taburkan hirisan daun bawang, daun sup & ketumbar & taburkan juga bawang goreng.
4. Utk Sos Cili:
  • Masukkan semua bahan kedalam periuk kecil.
  • Masak hingga sos mendidih.
  • Angkat & sejukkan.
5. Utk Sos Kicap
  • Masukkan semua bahan kedalam periuk kecil.
  • Masak di atas api kecil hingga mendidih.
  • Angkat & sejukkan.
6. Hidangkan nasi ayam panas2 bersama2 ayam, salad, timun, tomato, sos cili & sos kicap.


Note:
1. Mnyak ayam
  • Minyak ayam diperolehi dgn masak lemak ayam tanpa air diatas api kecil sehingga terbit minyak.
  • Minyak ayam boleh diganti dengan myk masak / marjerin / butter.
2. Ayam
  • Jika nak buat ayam cara rebus (cara hainan), sebelum dihidangkan, potong ayam kepada saiz yg kecil, aturkan atas pinggan & siramkan sos tiram diatas ayam.

Thursday, January 14, 2010

AYAM GORENG MADU


Aku pun tak tahu nk panggil ayam masak apa nih...Ayam Madu pun bleh...Ayam berlada hitam pun bleh...tp aku goreng jer...nak bakar pun boleh. Kalu nak bakar kena gaul sedikit dengan myk. Supaya masa bakar nnt x kering sgt. Tp aku maleh nk bakar...huahuahua....hehehe...

Bahan-bahannya:
5-6 ketul Ayam
3 sudu Besar Madu
2 sudu besar Sos Tiram
1 biji Limau Nipis - dapatkan jusnya
1 Sudu besar Gula Perang
1 sudu besar kicap Manis
1 sudu teh Garam
Halia* (aku agak jer)
1/2-1 sudu besar Lada Hitam*
3 ulas Bawang Putih* (* tumbuk/kisar)

Cara-caranya:
1. Rebus ayam sebentar, angkat & toskan. Cucuk2 ayam dengan garfu.
2. Satukan semua bahan & ayam. Gaul sehingga semua ayam campur rata.
3. Perap semalaman atau sekurang2nya 1jam.
4. Panaskan kuali, goreng ayam sehingga keperangan. Goreng sekejap jer, sbb ayam ni dah di rebus.
5. Angkat & toskan myk. Makan bersama2 nasi or cicah jer ngan cili sos + mayonis.

Friday, December 18, 2009

SUP AYAM TERATAKDHIA



BAHAN-BAHANNYA:
1/2 ekor Ayam (bersihkan)
2 biji Kentang - potong ikut suka
1/2 Carrot - potong ikut suka
Air - anggaran 1liter
Garam secukup rasa
Sedikit Minyak utk menumis
Bawang goreng & hirisan daun sup & daun bawang - untuk tabur & hiasan

Bahan kisar:
1 labu Bawang besar
2-3 ulas Bawang Putih
2cm Halia
1 sudu teh Lada Hitam

Bahan Tumis:
3 kuntum Bunga Cengkih
3 biji Buah Pelaga
1 kuntum Bunga Lawang
1 batang Kulit Kayu Manis
1 batang Serai - diketuk

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau rata.
2. Masukkan ayam dan air. Kacau sesekali sehingga kuah mendidih.
3. Bila ayam separuh empuk masukkan kentang, carrot & garam. Masak sehingga kentang & carrot empuk.
4. Bila rasa garam dah ok, matikan api.
5. Masukkan dalam mangkuk, taburkan bawang goreng + hirisan daun bawang + daun sup & hidangkan panas-panas bersama nasi.

Thursday, December 3, 2009

KURMA AYAM

Hasil kurma ayam yang aku masak..bahan yg aku guna pun ikut suka aku taruk jer...rempah kurma aku taruk lebih skit sebab nak kuahnya lebih pekat & terasa...sebenarnya yg memekatkan kuah adalah bawang yang kita kisar halus tu...buah keras lak, kalu x silap aku ler...melemakkan lagi masakkan...agak2 jer la ye...aku pun x Xpert sgt...hehehe...



BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 ekor ayam - buang kulit & bersihkan
  • 1 1/2 paket rempah kurma ( bancuh ngan sedikit air )
  • 1/2 biji kelapa - perah dapatkan santan pekat & cair (agak2 dalam 1liter air)
  • 1 labu bawang besar - potong 4
  • 2 biji Cili Hijau - belah dua
  • 2 biji Kentang - potong 4
  • 1 biji Tomato - potong 4
  • Sedikit Jus Asam Jawa (secukup rasa)
  • Garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan kisar:
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras ( x taruk pun x per)
  • 2cm halia
Bahan Tumis:
  • 2 ulas bawang merah (mayang nipis
  • 2 ulas bawang putih (mayang nipis)
  • 1 kuntum Bunga Lawang
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 3 kuntum Bunga Cengkih
  • 3 biji buah pelaga

CARA-CARANYA:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sehingga naik baunya.

2. Masukkan bahan kisar & rempah kurma. Masak sehingga terbit minyak.

3. Masukkan santan cair, jus asam jawa & ayam. Kacau supaya masak rata. Kacau sesekali sehingga kuah mendidih.

4. Bila ayam separuh masak, masukkan santan pekat, kentang & garam. Masak sehingga kentang hampir empuk.

5. Masukkan bawang besar & tomato. Suaikan rasa garam. Kacau sehingga masak rata.

6. Bolehlah angkat & hidangkan panas2 bersama nasi.

Friday, November 27, 2009

RENDANG AYAM

Bahan-bahan untuk rendang sebenarnya aku pakai agak2 jer....resepi campak2...setiap kali aku masak jer..mesti rasanya tak kan sama...aku taruk kerisik last sekali supaya rendang pekat skit...ntah dh x ingat dari mana petua ni aku dapat...buah keras lak, aku taruk supaya rendang rasa lebih lemak....Gula kabung/gula merah nak kasi rendang gelap. Terpulang pada selera masing2. Kalu dapat ayam pencen pun bagus, sebab ayam muda bila masak lama2, hancur isinya. Kalu nak kasi isi ayam pencen lembut, boleh tambah air kelapa....ni petua orang tua yang kasi....



BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 ekor ayam - buang kulit, bersihkan & toskan.
  • 1 biji kelapa - perah dapatkan santan (sukatan agak2 jer)
  • 3 sudu besar kerisik
  • Gula kabung / gula merah - agak2 secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1/2 cawan jus asam jawa - agak2 jer
  • 3 helai daun kunyit - potong nipis
  • 3 helai daun limau purut
  • Sedikit minyak utk menumis

Bahan Kisar:
  • 20 tangkai Cili kering - agak2, nk pedas lebihkan.
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 3cm lengkuas (agak2)
  • 3cm halia (agak2)
  • 3cm kunyit hidup (agak2)
  • 5 batang Serai

Bahan Tumis:
  • 2 kuntum Bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis

CARA-CARANYA:
1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan semua bahan kisar, santan, gula kabung & air asam jawa. Kacau sesekali supaya bahan rata.

3. Bila dah menggelegak, masukkan ayam. Kacau sekali sekala sehingga ayam masak / empuk. Bila kuah kering sedikit. Perlahankan api supaya tidak hangus.

4. Suaikan rasa garam & gula.

5. Masukkan kerisik, daun kunyit & daun limau purut. Kacau supaya semuanya rata. Terpulang samada nak kuah kering atau berkuah sedikit. Jika nak kering, kenalah kacau sampai kering.

Sunday, October 18, 2009

ROTI JALA & KARI AYAM



ROTI JALA

Bahan-bahan:
  • 500g Tepung gandum
  • 150ml susu cair
  • 1000ml air - Brgantung kpd kepekatan adunan, jk pekat lebihkan air.
  • 1 biji telur
  • garam - secukup rasa
  • Sedikit Pewarna kuning (aku taruk serbuk kunyit jer)

Cara-cara:
1. Semua bahan disatukan.

2. Kacau rata kemudian ditapis.

3. Panaskan kuali leper, sapukan minyak sikit (aku guna daun pandan utk sapu myk).

4. Kemudian mula megirai adunan.

5. Bila dah masak, angkat roti jala, boleh lipat atau gulung.


KARI AYAM

Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam - bersihkan & potong kecil
  • 1 biji bawang besar - kisar halus
  • 2 ulas bawang putih - kisar halus
  • 1 inci halia - kisar halus
  • 1 paket serbuk kari ayam (25g)
  • 2 ulas bawang merah - mayang nipis
  • 1 ulas bawang putih - mayang nipis
  • sedikit daun kari
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • kulit kayu manis
  • 1 biji kelapa - perah & dapatkan santan (anggaran 3cwn)
  • 2 biji kentang - belah 6
  • 1/2 Carrot - potong ikut suka.
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.

2. Tumis bawang yg dimayang,daun kari & rempah2 hingga bawang layu.

3. Masukkan bahan kisar yang telah dicampurkan dengan rempah kari & kacau rata.

4. Tumis hingga rempah kari pecah minyak.

5. Kemudian masukkan ayam.

6. Masukkan 1/2 santan (cair) & garam. Kacau sebentar & biarkan ayam separuh masak.

7. Masukkan kentang, kacau2 sebentar, masukkan carrot.

8. Bila ayam, kentang & carrot hampir masak, masukkan lebihan santan (pekat).

9. Kecilkan api & biarkan kuahnya mendidih sebentar sebelum ditutup api.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails