Sunday, February 21, 2010

KUIH LAPIS PANCAWARNA


Resepi asal: tulip77@myresipi
Bahan-bahannya:
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk(aku guna 1 kotak santan harmuni =200ml=1cwn)
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.(aku atruk kalor sukahati...hehehe)
  • 4 cawan air (kena kurangkan 1 cwn sbb guna santan kotak = 1 cwn)
Cara membuatnya:
  1. Sediakan kukusan. Sapukan loyang dengan sedikit minyak & alas dgn plastik. Biarkan plastik lebih sedikit ketebing acuan. Tujuannya, mudah untuk keluarkan kuih nnt.
  2. Aku cairkan gula+garam dgn air.
  3. Satukan tepung & masukkan santan sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung. Supaya tepung tidak berketul. Kemudian masukkan air gula + garam. Gaul sebati. Tapis jika perlu. Cara lain, campurkan tepung, santan & air gula & garam. Blend sehingga sebati.
  4. Bahagikan & warnakan adunan mengikut kesukaan.
  5. Panaskan loyang selama 3-5 minit. Masukkan lapisan pertama & kukus selama 5 minit / permukaan lapisan kelihatan kering. Kukus lapisan seterusnya secara berselang seli sehingga semua adunan habis. Utk lapisan terakhir, kukus selama 25 minit lagi.
  6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

NOTE:
  1. Kuih agak lembik sedikit.
  2. Calor aku taruk suka ati, x ikut resepi asal...sory ye...saja nk meriahkan resepi...jd aku taruk nama resepi ni lain skit...
  3. Aku simpan dlm fridge...sbb lembik...bila mkn sejuk2 sedap lak...mcm aiskremm...hahaha....amik gambo pun, kuih dlm fridge....nmpak keras skit....
  4. Apa pun anak2 suka...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails