Friday, February 5, 2010
SUP IKAN MERAH
Bahan-bahannya:
2 ekor ikan Merah (saiz sederhana besar)
4 ulas bawang merah (tumbuk / kisar halus - memekatkan kuah)
1 sudu teh lada hitam (tumbuk/ kisar kasar)
3 ulas bawang putih (ketuk / mayang nipis)
2 cm halia - diketuk
1 batang serai - dititik
bahan tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga - agak2)
1 keping asam gelugur
2 biji kentang - potong ikut suka
1/2 ketul carrot - potong ikut suka
minyak utk menumis
air - ikut suka
Garam secukup rasa
1 ketul kiub ikan bilis (x taruk pun x per, kalu taruk lg sedap)
Daun sup & daun bawang & bawang goreng (utk tabur & hiasan-optional)
Cara menyediakannya:
1. Panaskan minyak & masukkan bahan tumis, serai, halia, bawang putih & bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan air, kiub ikan bilis & asam keping. Biarkan mendidih.
3. Masukkan kentang & carrot. Kacau seketika.
4. Masukkan ikan & garam. Kacau sekali sekala & biarkan sehingga kentang & carrot empuk. Suaikan rasa garam (sebab kentang menyerap masin, kot2 x masin la plak).
5. Bila semua masak & empuk, angkat & hidangkan.
Labels:
Ikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment