Friday, April 30, 2010

Kek Lapis Horlicks - Milo

Ini adalah hasil dari olahan 2 sumber resepi iaitu dr buku Noraini Zakaria & bro rozzan. Aku saja nk mencuba method NZ...bg aku, mcm renyah skit...


Kek Lapis Horlicks - Milo

Bahan-bahannya:
Bahan A:
250gm Mentega (golden churn)
200gm Lepa Susu (buttercup)
14 biji kuning telur
400gm susu pekat manis

Bahan B:
7 biji putih telur
200gm Gula Kastor
1/2 sudu teh serbuk krim tartar

Bahan C:
240gm Tepung Hong Kong *
1/2 sudu teh serbuk penaik * (* diayak bersama)
100 gm Horlicks
100gm Milo


Cara Membuatnya:
1. Adunan A - Satukan mentega, lepa susu & susu pekat manis dalam mangkuk adunan. Pukul hingga kembang & berkrim.

2. Masukkan kuning telur sedikit - sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk yang besar.

3. Adunan B - Di dalam bekas lain & beater bersih, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor & serbuk krim tartar. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang & kental.

4. Masukan tepung hong kong yg telah di ayak bersama baking powder ke dalam adunan A. Gaul hingga sebati.

5. Kemudian tuangkan Adunan B ke dalam Adunan A. Kacau rata.

6. Bahagi adunan kepada 2 bahagian :
- bahagian pertama dicampurkan horlicks.
- bahagian kedua dicampurkan milo.

7. Pre-heat oven 10 minit. Gris loyang (8x8) inci & alaskan dgn kertas serap minyak.

8. Bakar selapis demi selapis hingga habis adunan pada suhu 190 deg celsius selama 5-8 minit dgn mggunakan api atas shj.

9. Selepas bakar lapisan terakhir, tutup permukaan loyang dgn kertas aluminium foil & terus bakar semula selama 15 minit guna api atas bawah.




Note:
1. Aku lapis horlicks 2 lapis kemudian lapiskan adunan milo 2 lapis & ulang semula sehingga adunan habis.

2. Aku ikut method NZ, slps bakar cucuk2 permukaan kek dgn lidi / garfu. kemudian tekan dgn penekan. Sbb sbblm ini pernah terjadi (semasa buat kek lapis prune) bila aku tekan dgn penekan, lapisan permukaan kek & selapis kek yg dibakar tertanggal & melekat pada penekan. Bila aku cuba ikut cara NZ (cucuk2 dgn lidi) masalah tu x berlaku.

3. Guna loyang (8x8) inci. Jadi bila nk melapis, aku sukat adunan guna 1/2 cwn metrik (100gm) utk setiap lapisan. nmpk agak nipis. Rasanya lebih sesuai kalu guna 2/3 cwn metrik utk loyang ni.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails