Friday, May 28, 2010

Kek Hati Parek

Resipi Kek Hati Parek ni aku ambil dari Myr...sumber dari dayang_jack.... Browning lak aku buat sndiri ikut resepi Ha-sue. Boleh gak rujuk N3 aku yg lepas.

Hasil keknya tak hitam seperti rupa empunya asal buat. Rupa dah macam kek buah kukus. Tekstur kek padat & lembab. Pada pendapat aku la...Rasa lebih sedap dari kek buah kukus. Aku suka sebab tak rasa pedaq (bahasa org utara) buah campur. Hanya ada rasa kismis masam2 manis. Agaknya kalu aku taruk horlicks mcm resipi dayang mungkin rasanya lebih mabeles & keknya pun harum....nak kena beli browning sugar dari Sarawak nh & kena cuba buat lagi....tp yang tak tahan nk mengukus la...amik masa smpai 8jam...hukhukhuk....masa lama mengukus nh la yg membuatkan kek ni lembab & sedap.

Aku CNP terus dari myr...kes maleh nak taip...
Bahan-bahannya:
  • 10 biji telur A (4 biji putihnya dibuang)
  • 16 oz mentega (utk dptkan hasil yg baik, pilihlah mentega Golden Churn)
  • 9 gelas tepung gandum + 3 sdt soda bikarbonat (diayak bersama)
  • 8 sb gula hitam/browning sugar (rujuk www.myresipi.com/top/detail/6594)
  • 1 kati / 600 g kismis hitam
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 4 gelas gula halus (boleh kurangkan 1/2 gelas lg jika x suke manis - tp dyg dh kurangkan sukatan ni. resepi asal: 6 gelas)

Cara Membuatnya:

1. Kismis dihiris halus atau ditumbuk.

2. Kemudian ambil segelas tepung gandum lalu digaul bersama kismis yg tlh dihiris/ditumbuk tadi. Ketepikan.
Img1804a

3. Di dalam mangkuk adunan, putar mentega dan susu sehingga putih.

Img1807a

4. Di dalam mangkuk adunan lain, pukul telur bersama gula hingga kembang dan berkrim.

5. Satukan kedua2 adunan itu tadi dan putar lg sehingga sebati.

Img1809a

6. Kemudian masukkan tepung (8 gelas) ke dalam adunan tadi dan gaulkan.

Img1808a

7. Masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati.

Img1812a

8. Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau lagi hingga rata.

Img1813a

9. Sediakan pengukus. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan tutup kemas dgn kertas foil.

Img1815a

10. Kukuslah kek ini selama 8 jam. setiap 1 jam, periksalah pengukus, lapkan air pd penutupnya (sebaik2nya tutup dgn kain atau tuala), tambahkan air (air panas/air suam) jika berkurangan. guna api sederhana sahaja.

Note:
1. utk info, dayang hanya masak setengah adunan shj dgn menggunakan loyang 7 inci (masa mengukus 4jam 30min). jd, sesape yg nk buat setengah adunan, bahan2nya hendaklah dibahagi 2.
** Aku pun buat 1/2 adunan...Tapi aku guna loyang (8x8) inci. kek ni naik setinggi 2.7 inci. Beratnya +-1.8kg. Agaknya kalu aku guna loyang 7 inci, mesti tinggi sgt la plak ye...

2. Supaya kek tahan lbh lama, slps dikukus, bolehlah dibakar skjp dlm 10-15 minit dgn suhu 170C. Sejukkan kek sblm dipotong.

1 comment:

Anonymous said...

mama nabil
salam, akak dah copy resepi ni, insyaallah nak cuba, terima kasih ya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails