Thursday, February 18, 2010

KUIH PUTERI AYU


Resepi asal: Mama Kastam Tioman @myresipi

BAHAN-BAHANNYA:
  • 4 cwn Tepung Gandum (=560gm)
  • 1 1/2 cwn Gula Halus
  • 3 biji Telur (aku guna 4 biji)
  • 1 1/2 cwn santan (aku guna 1 kotak santan Harmuni + 1/2 cwn air)
  • 1 sudu besar Ovalette
  • 1 sudu besar Baking Powder
  • 1 sudu teh Pewarna Hijau
Inti Kelapa:
- 1 biji kelapa parut (putih sahaja)
- 2 sudu teh garam halus (sukatan bergantung pada saiz kelapa)
- 1 sudu makan Tepung Ubi

CARA MENYEDIAKANNYA:
  1. Satukan semua bahan utk inti kelapa. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  2. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  3. Putar telur + gula + ovallete sehingga kembang & gebu.
  4. Masukkan pewarna hijau & putar sebati.
  5. Masukkan tepung berselang seli dengan santan sedikit demi sedikit hingga habis.
  6. Sapukan acuan dgn minyak. Ambil sedikit inti kelapa, tekan2 pada dasar acuan tadi. Kemudian tuangkan adunan.
  7. Kukus selama 5 minit.

NOTE:
  • Aku dpt dlm 53 biji (brgantung pada acuan).
  • cwn yg aku gunakan adalah sukatan cwn metrik yg bleh di beli di kedai baking or supermarket.
  • aku guna 1 kotak Santan segera. Bila disukat ia bersamaan dgn 1 cwn. Jadi aku kena tmbah lagi 1/2 cwn utk cukupkan sukatan.
  • Santan bleh diganti dgn fresh milk. Tapi guna santan lebih rasa lemak.
  • Garam dlm inti kelapa, sukatan bergantung pada saiz kelapa. Jadi taruk sikit2 dulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails