Monday, May 31, 2010

Kek Marble Horlicks - Coklat

Sempena besday ayang yg ke-33, aku buat kek marble. Sebenarnya tingin nk makan. Tapi kalu boleh tak nak la buat kek marble yg biasa2 tu...last2 hasil google, aku amik dari Myr...tp dlm resepi yg diberi tak der gambar...jd aku follow jer cara2 resepi tu...ini ler hasilnya. Aku dah derhaka skit resepi asal...aku sukat guna tin butter Golden Churn yg saiz 340gm...jd dpt ler ngam2 ngan saiz loyang bulat 9 inci. Pendapat aku ikut rasa tekak aku la...Kemanisan kek ni ok...rasa lemak2 sbb ada badam. Bila aku taruk topping coklat ganache, rasanya sedap & balance.


Ini resipi yang aku ubah...tapi aku ada cnp resepi asal utk rujukan aku...sbb senang nk tgk, jd x yah nk buka myr dah nnt....

Bahan-bahan:
  • 1 tin (340) mentega Golden Churn
  • 3/4 tin gula halus
  • 2 tin self-raising flour
  • 7 biji telur (gred A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 60gm serbuk koko
  • 60gm Horlicks
  • 60gm coklat cip
  • 60gm serbuk badam
  • 4 sudu makan susu pekat manis

Cara-cara

1. Panaskan oven ke suhu 190C. Sapu acuan dengan mentega, kemudian tabur tepung, tepuk-tepuk tepi acuan agar tepung rata pada bahagian dasar dan sisi acuan. Gunakan acuan 9 inci bulat atau segiempat tinggi kerana kek ini besar.

2. Putar mentega dan gula hingga gebu dan kembang berkrim. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar. Masukkan esen vanila dan gaul sebati.

3. Ayak tepung dan masukkan sedikit demi sedikit sambil kaup balikkan adunan sampai sebati. Jangan dipukul.

4. Ambil 1/3 adunan, ketepikan. Ayak koko dan campurkan dengan susu pekat manis. Kemudian masukkan ke dalam adunan bersama coklat cip. Kaup balikkan hingga sebati.

5. 2/3 adunan tadi masukkan horlicks dan serbuk badam. Kaup balikkan hingga sebati.

6. Ambil satu senduk adunan horlick dan letak dalam acuan, di tepinya. Ambil satu senduk lagi, letak dalam acuan tapi di tengah-tengah. Ambil satu senduk lagi, letak di tepi bertentangan. Buat begitu hingga ada sembilan timbunan adunan semuanya di dasar acuan. Di antara rongga tersebut, letakkan adunan coklat tetapi setengah senduk sahaja setiap satu. Ulangi semua langkah ini berselang-seli hingga kedua-dua adunan habis. Ambil lidi dan lorekkan ke serata bahagian.

7. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama satu jam atau hingga kek masak, iaitu apabila lidi yang dicucuk ke dalam kek tidak melekit dengan adunan. Biarkan seketika baru dikeluarkan dari acuan dan sejukkan di atas redai kuih. Potong dan hidang.


Note:
1. Aku guna loyang bulat (9x3) inci. Berat lepas bakar +-1.4kg.

2. Tekstur kek agak padat & moist. Kek ni mmg x berderai mcm kek marble biasa.

3. Resepi asal tak taruk susu pekat. Tapi aku taruk sebab aku rasa adunan 1/3 coklat agak pahit skit. Lepas bakar hasilnya sedap..memuaskan.

4. Oleh kerana kek ni agak moist, kena simpan dalam fridge.


Topping Coklat Ganache

Ni lak resepi utk topping aku pakai taruk agak2 jer...utk buttercream leh refer entry sblm ni...aku guna lebihan buttercream kek besday Mirrah ari tu...

Bahan-bahan:
300gm coklat masakan - potong kecil2
200gm whipping cream
2 sudu besar butter

Cara-caranya:
Masak cream hingga mendidih. Matikan api. Masukkan coklat & butter. Kacau hingga semuanya cair. Biarkan coklat ganache sejuk barulah dituang diatas kek.


Ni resipi asal aku cnp terus dari Myresipi.
Resepi asal: Fannazah@myr
http://www.myresipi.com/top/detail/10863

Kek Marble Horlicks

Bahan-bahan:
  • 1 tin (425g) mentega Golden Churn
  • 3/4 tin gula pasir, kisar halus, sehalus tepung lebih bagus
  • 2 tin self-raising flour
  • 8 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan Horlicks
  • 1/2 cawan coklat cip
  • 1/2 cawan almond nibs (serpihan badam), digoreng tanpa minyak hingga agak keemasan

Cara-cara

  1. Panaskan oven ke suhu 190C. Sapu acuan dengan mentega, kemudian tabur tepung, tepuk-tepuk tepi acuan agar tepung rata pada bahagian dasar dan sisi acuan. Gunakan acuan 9 inci bulat atau segiempat tinggi kerana kek ini besar.
  2. Putar mentega dan gula hingga gebu dan kembang berkrim. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar. Masukkan esen vanila dan gaul sebati. Ayak tepung dan masukkan sedikit demi sedikit sambil kaup balikkan adunan sampai sebati. Jangan dipukul.
  3. Ambil 1/3 adunan, ketepikan. 2/3 adunan tadi masukkan horlicks dan almond. Kaup balikkan hingga sebati.
  4. Adunan 1/3 tadi, ayak koko dan masukkan ke dalamnya bersama coklat cip. Kaup balikkan hingga sebati.
  5. Ambil satu senduk adunan horlick dan letak dalam acuan, di tepinya. Ambil satu senduk lagi, letak dalam acuan tapi di tengah-tengah. Ambil satu senduk lagi, letak di tepi bertentangan. Buat begitu hingga ada sembilan timbunan adunan semuanya di dasar acuan. Di antara rongga tersebut, letakkan adunan coklat tetapi setengah senduk sahaja setiap satu. Ulangi semua langkah ini berselang-seli hingga kedua-dua adunan habis. Ambil lidi dan lorekkan ke serata bahagian.
  6. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama satu jam atau hingga kek masak, iaitu apabila lidi yang dicucuk ke dalam kek tidak melekit dengan adunan. Biarkan seketika baru dikeluarkan dari acuan dan sejukkan di atas redai kuih. Potong dan hidang. Enak disajikan bersama kopi atau teh panas.
  7. Tips: Keluarkan mentega dari dalam tin dan gunakan tin tersebut untuk menyukat kadar gula dan tepung. Mudah saja.
  8. Tips: Guna apa2 acuan bulat atau segiempat yang tinggi kerana kek ini besar. Jika kek sudah masak, biarkan dalam oven selama 15 minit, barulah dikeluarkan, barulah elok masaknya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails