Monday, June 28, 2010

Kek Pelangi

Demam marble la plak aku ni....resipi aku rujuk dari buku 'Kompilasi Hidangan Kek' oleh Nor Aini Zakaria...
lagi pun nk mencuba membakar guna oven kek lapis yang baru beli...ni kali kedua aku cuba guna oven nh...1st attempt, kejadian kek boleh la...hehehe...iya la baru belajar nk adjust kedudukan yg sesuai ketika bakar...aku bakar guna bahagian atas jer ye....
2nd time, alhamdulillah menjadi...kena bakar kt bahagian tepi mcm dlm gambar tu...tp bila kek hampir nk masak (agak2 slps 45minit) kena adjust skit kedudukan loyang nh...kena letak bahagian tgh loyang tu betul2 kat atas rod api...hehehe....maaf ye, apa yg aku citer nh hanya yg ada oven hijau ni jer paham....
aku amik masa 1jam 15 minit...tp tak tau la pengalaman kwn lain yg pernah mncuba nyer...

Oleh kerana termometernya x der, aku adjust sndiri apinya....sbnrnya trmometer tu trcicir dlm kenderaan yg mengangkut oven dari umah Farah ari tu...sementara menunggu biras aku poskan, api kena pandai2 sndiri gak ler...guna api kecik jer...
Mcm rugi plak bila bakar satu kek jer dlm oven nh....padahal bleh bakar 4 biji skali gus....tp bila banding dari guna oven elektrik, oven nh lagi save budget...



Bahan-bahan:
250 gm Mentega
220 gm Tepung kek*
1 sudu teh Baking powder*
60 gm susu tepung* (* diayak)
200 gm Gula Halus ( rasanya kurangkan kpd 180gm pun ok)
4 biji telur Gred A
5 sudu besar Fresh Milk
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna hijau, merah & kuning

Cara Membuatnya:
1. Griskan loyang bulat berukuran 8 inci. Lapiskan dgn kertas serap minyak. Pre-heat oven pada suhu 180 darjah celsius.

2. Pukul mentega & gula hingga kembang & putih.

3. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.

4. Masukkan bahan ayak sedikit-sedikit sambil dikacau, diikuti susu & esen vanilla. Gaul hingga semuanya rata.

5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan merah, hijau & kuning.

6. Ambil 1 senduk adunan hijau dan tompokkan dibahagian tgh loyang. Kemudian ambil 1 senduk adunan merah dan tompokkan di atas adunan hijau tadi. Ambil pula adunan kuning & tompokkan di atas adunan merah.

7. Ulangi proses langkah 6 sehingga habis ketiga-tiga adunan tadi.

8. Hentak/goyang sedikit loyang supaya adunan rata. Bakar selama 1 jam / sehingga masak.


Note:
1. Warna boleh tukar ikut selera masing2. Boleh taruk apa2 perisa jika suka.
2. Aku guna loyang bulat 8 inci.
3. Resepi di atas bukan resipi asal dari buku, tapi resipi yg sudah diolah oleh aku...maaf ye, derhaka skit...
4. Rasanya sukatan gula boleh dikurangkan sbb aku rasa mcm manis plak...ikut tekak masing2 kot...
5. Jika guna self raising flour, abaikan baking powder.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails