Sunday, October 10, 2010
Mee Kari
Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
minyak
garam
Bahan Hiasan:
Tauhu (di goreng & potong kecil)
Daun bawang & daun sup
Cili merah & hijau
Telur Rebus - potong 4
Limau kasturi/limau nipis
Sayur sawi - basuh, celur & dipotong
Taugeh
Bawang goreng
Isi ayam ( disiat2 )
Bahan Kuah:
2 kg Kerang atau lebih ( lebih banyak kerang lebih sedap - rebus & ambil isinya )
1 paket fish ball - potong kecil
1 paket fish cake - potong nipis
Tauhu kering - potong kecil
2 sudu besar cili kisar (optional - nak pedas lebihkan)
3 sudu besar rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air
1 cawan udang hidup - saiz kecil
5 cawan santan - diperah dari 1 biji kelapa
beberapa keping asam gelugur ( secukup rasa )
Bahan kisar:
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )
Bahan Tumis - nak kasi wangi
1 batang Kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih
Daun kari
Cara Penyediaan Kuah:
1. Tumiskan bahan tumis & bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah & biarkan naik minyak.
2. Masukkan semua bahan kuah. Renehkan sehingga naik minyak.
3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa masin & masam.
4. Hidangkan bersama mee dan bahan hiasan.
Labels:
Mee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment