PUDING ROTI MARBLE
Bahan-bahan
- 8 keping roti
- 4 biji telur
- 1 cawan susu pekat
- 1 tin susu cair
- 10 gram agar2 kering
- 1 cawan gula - bleh kurangkn
- 4 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
- 7 cawan air
- 4 sudu besar serbuk koko
- Didihkan 6 cwn air, agar2 & gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih & hancur tadi.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
- Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian biarkan warna asal. dan satu bahagian masukkan serbuk koko & kacau cepat hingga sebati.
- Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
Note:
1. Aku buat 2 jenis....yg kalor pink tu aku gantikan serbuk koko dgn pewarna ros sirap.
2. Satu adunan di atas sesuai utk loyang (9x9) inci...
2 comments:
sedapnya nampak yg pink tu... angah rajin gak buat yg coklat tu tapi angah kurangkan telur and angah x masukkan butter
Post a Comment