Monday, January 11, 2010

KUIH PAU

Resepi nh dari Resepi.net kiriman Norlida. Resepi asal:Chef Li. Aku cuma buat separuh dari adunan asal. Dapat ler dlm 20 ketul. Besar2 gedabak lak tu. Lain kali nk kena wat kecik comei2. Sesuai utk tukang makan. Aku lak susun dalam periuk kukus, 1 layer 10 biji, mak aaiiii....skali pau naik, dh jadi rapat2 melekat mcm roti. Intinya aku guna krim kastad dari resepi Bro rozzan. Pada aku, rasa krim kastad yg aku guna utk cream puff sblm ni lebih sedap. Kuih pau ni sebenarnya aku nk CSI resepi. Sebelum nih guna bhn2 biasa jer...Yg ini, guna byk bahan pemangkin, hasilnya mmg memuaskan. Tekstur kuih pau aku dapat, x ler segebu mcm kuih pau yg beli kat kedai tu...tp pau ni mmg lembut mcm roti. Agaknya kalu aku guna tpg pau or HK boleh gebu kot....hikhikhik..




KUIH PAU (Sumber: Chef Li > Norlida Resepi.net
Bahan-bahan:
1 kg tepung Pau (Hong Kong flour) - aku guna tpg gandum
8 gm yis kering
18 gm baking powder
100 gm gula
30 gm shortening
10 gm voltex/bread improver
2 sudu teh ovallet
500 gm air

Cara Membuatnya:
1. Masuk semua bahan kering dan gaul rata dalam mixer. (aku uli guna tgn jer...mixer x der...nk kena beli nh)
2. Larutkan gula dalam air & masukkan larutan gula tadi kedlm bahan kering sedikit demi sedikit. Uli menjadi doh.
3. Masukkan shortening. Uli sehingga doh kenyal & lembut.
4. Bentukkan doh kecil-kecil.
5. Aku guna cara iytafrozen, canai bebola doh kecil guna penggelek. Lepaih tu isikan inti. (Bleh refer cara bergambar kat bwh)
6. Peram selama 20-30minit & kukus selama 8-10minit.

Gambar ihsan iytafrozen (nk detail bleh lawat fotopage dia ye...)



KRIM KASTAD ( Sumber : Bro Rozzan)
Bahan-bahannya:
3 biji Telur
115gm Gula ( anggaran 8 sudu besar
3 sudu besar Tepung Gandum
1 sudu kecil Tepung Kastad
225ml Susu Cair*
225ml Air* (* dididihkan)
2 sudu besar Susu Pekat Manis
1 sudu kecil Mentega ( aku guna marjerin)
1 sudu kecil Esen Vanilla

Cara-caranya:
1. Pukul telur + gula + tepung (gandum & kastad) di dalam periuk.
2. Kemudian masukkan susu pekat manis + susu cair + air. Gaul rata supaya tidak berketul.
3. Masak di atas api yang kecil hingga pekat lalu masukkan mentega & esen vanilla.
4. Sejukkan sebelum guna.






Nota TD (brdasarkan pengalaman & keadaan peralatan dapur aku ye):
1. Susunan bebola pau dalam periuk kukus jgn rapat sgt. Elak dari melekat sesama sendiri slps kukus.
2. agaknya kalu aku kecil2 kan bebola doh tadi, aku bleh dapat dalam 25-30 biji saiz comei2 sesuai utk anak2 aku hadap...hehehe..
3. Kukus jgn lebih dari 10 minit, kalu tlebih pau yg trhasil akan turun balik (kecut) & berkedut2 permukaannya.
4. Hati2 elak dari air kukusan pada tudung periuk jatuh atas pau. Ini juga membuat permukaan pau x cantik.
5. Jgn sesekali membuka tutup pengukus ketika pau sedang dikukus...comfirm pau akan turun balik...kecut hasilnya.


TIPS MEMBUAT KUIH PAU LEMBUT.

Info ni hasil google aku dr:
http://iytafrozen.fotopages.com/

TIPS ini diperolehi dari Majalah ANIS Keluaran MAC 2007 dari Chef Faizal Ng
1. Jenis tepung yang dgunakn penting untuk mendapatkan pau yang lembut, selain resepi dan cara membuat yang betul, 'tepung pau' adalah sesuai untuk membuat pau.
Tepung gandum - pau akan menjadi kuning dan keras. Selain itu menguli dengan mesin adalah langkah yang terbaik untuk mendapatkan pau yang lembut, putih dan gebu. Kebiasaaannya menguli dengan tangan tepung pau masih bergentel dan pau yang di kukus teksturnya agak kasar.

2. Gunakan pengukus buluh bagi mendapatkan hasil yang baik. Pengukus buluh memudahkan peredaran wap/haba udara yang ada dalam pengukus keluar semasa proses mengukus. Udara panas akan keluar dari lubang2 kecil pada pengukus. Cara ini mengelakkan udara terperangkap seperti kukus besi. Pau tidak akan cantik apabila wap air jatuh semula keatasnya.


Lagi resepi pau hasil Google aku dari dapur alammaya.....layanzzzz...

PAU KUKUS TRADISIONAL ( sumber:Rinnchan)
Bahan-bahannya:
1 kg tepung gandum
11gm yis mauripan
200gm gula (=1 cwn)
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn)
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu)

Cara-caranya:
1. Gaul tepung dengan yis.
2. Larutkan gula dalam air.
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari. Masukkan separuh larutan air gula dahulu.
4. Kemudian campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air gula hingga menjadi doh yang kenyal.
5. Rehatkan adunan 10min - 15min.
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan.
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat.
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu. * Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan.


PAU GEBU (Sumber: Mat Gebu)
Bahan-bahannya: ( anggaran: 10 biji )
240 g Tepung Hong Kong (guna tepung pau pun ok)
1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
1 camca teh Yis
25 g Lemak Sayuran (shortening)
100 ml Air Suam*
30 g Gula Halus*
1/2 camca teh Cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)

Cara-caranya:
1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.
2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2 x 2) inci yg tlh disapu dgn lemak sayur.
3. Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
4. Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.

* Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting utk doh. Masukkan kesemua bhn dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.


Ni petua aku amik dari http://mamasyipah.blogspot.com/2010/05/pau-kacang-merah.html

Untuk mengelakkan pau berkedut2 ,selepas kukus selama 15 minit , tutup api dapur kemudian buka sedikit saja penutup periok kukus tu untuk keluarkan wap sekejap jaa , lepas tu baru lah buka penutup tu keseluruhannya dan keluarkan pau tadi.

2 comments:

Mrs Azuhaizat said...

nyum..nyum sedapnya lama x makan pau, aku pernah cuba buat 2 tahun lepas tapi failed, masa panas lembut tp dah sejuk keras...yg ni lembut sampai sejuk x?

Linda@DhiaZ said...

Mmg lembut..tekstur mcm roti...x ler gebu mcm apam...yg ni w/pun simpan smpai esok...still lembut...slamat mncuba!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails