Monday, November 22, 2010

Kek Coklat Lembab Roha


Aku CNP dari email RNET utk rujukan aku. Tapi aku dah ubah cara penyediaannya sbb aku bakar. Resipi asal kukus.

KEK COKLAT LEMBAB
Sumber asal : Roha

Bahan A :
240 gm Tepung gandum
85 gm serbuk koko
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat

Bahan B :
5 biji telur (gred A)
340 gm gula Perang
285 gm susu pekat
1 buku butter - dicairkan

Bahan C :
1 cawan air mendidih

Cara Menyediakannya:
1. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Masukkan dalam bekas dan buat lubang di tengah-tengahnya.

2. Masukkan telur, gula, susu, minyak dan kacau sebati. Kacau rata tetapi jangan terlalu lama.

3. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata lagi.

4. Masukkan dalam loyang yg digris & dilapikkan kertas minyak.

6. Bakar selama 1 jam / sehingga masak dgn suhu 160 deg celsius (ikut oven masing2 ye)

Nota:
1. Topping aku taruk coklat ganache lebihan kek besday spiderman ari tu & aku tabur chocolate rice.
2. Aku bakar guna loyang (9x9) inci.
3. Berat kek selepas bakar 1.5kg++.

1 comment:

Jenny said...

I have been searching for a moist chocolate cake using condensed milk. Your cake recipe caught my attention, it looks good but on a second though will it be too sweet with both condensed milk and sugar added to it?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails