Showing posts with label Cheese. Show all posts
Showing posts with label Cheese. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

Marble Cheese Moist Brownies



Bahan A (Disebatikan)
1 cawan susu cair
250gm Butter ( dicairkan)
1 cawan air panas *
1/2 sudu teh Nescafe * (disatukan)
1 cawan gula halus / gula perang
1 cawan susu pekat manis

Bahan B (dipukul sebati - whisk tangan)
3 biji telur (gred A)
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C (diayak)
2 cawan Tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat

Bahan Cream cheese
375gm cream cheese
1 1/4 cawan gula halus
2 biji telur (gred A)



Cara Membuatnya:

1. Sebatikan semua bahan A.

2. Tuangkan pula bahan B & kacau sebati.

3. Masukkan bahan C & kacau hingga semuanya sebati.

4. Pre-heat oven suhu 150 deg celsius (brgantung pd oven masing2).

5. Alaskan loyang (10x10) inci dgn kertas minyak. Biarkan kertas minyak dilebihkan sikit dari tebing loyang supaya mudah untuk keluarkan brownies nanti.

6. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Tinggalkan sedikit adunan (dlm 2-3 sudu mkn utk dibuat marble atas topping cheese nanti)

7. Bakar selama 55 minit or sehingga masak ( slps dicucuk dgn lidi, batang lidi tadi bersih jer).

6. Untuk Tooping cheese:

- Putar cream cheese & gula hingga sebati.

- Masukkan telur & putar hingga berkrim.

- Tuangkan atas brownies & ratakan.

- Ambil sedikit adunan brownies & piping atas topping cheese secara garisan lurus.

- Kemudian lorekkan dgn lidi supaya menjadi corak marble.

- Sambung bakar selama 15-20 minit lagi / hingga masak.

- Biarkan sejuk baru potong (simpan dlm fridge lagi bagus).


NOTE:

1. Guna loyang (10x10) inci.

2. Brownies rasanya ala2 kek coklat lembab...mmg moist.

Tuesday, June 22, 2010

Marble Chocolate Cheese Cake

Marble Chocolate Cheese Cake


Bahan A:
180gm Mentega
20gm Serbuk koko*
120gm Tepung naik sendiri*
1 sudu teh baking powder* (* ayakkan)
170gm gula kastor
3 biji telur

Bahan B:
250gm cream cheese
60gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-caranya:
1. Pukul butter & gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga kembang & sebati. Masukkan semua bahan ayak tadi. Gaul rata. Adunan dibahagi kepada 2 bahagian.

2. Di dalam bekas yang lain, pukul semua bahan B hingga kembang.

3. Tuang 1 bahagian adunan A ke dalam loyang berukuran 7 inci & ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan B & ratakan. Tuang baki adunan A.

4. Bakar pada suhu 160 deg celsius selama 60mins or sehingga masak. Setelah masak, tunggu hingga betul2 sejuk sblm dipotong & dihidangkan. Boleh la taruk apa2 topping yang suka....



Note:

1. Sumber asal aku amik dari blog Bro Rozzan. Aku tgk resipi ni sama ngan Kak Hanieliza, zeera@myr (#1246).

2. Aku ada juga jumpa resipi dlm myr (#10259), dlm bahan B taruk 1/4 cawan fresh milk / susu cair.

Saturday, June 19, 2010

White Chocolate & Blueberry Cheese Cake

Ni 1st time aku buat cheese cake kaedah chill / no bake....x pernah buat, tp sesuka hati la plak ubahsuai resipi org...sorry ye....aku gabungkan 2 resepi dari :
1. White Chocolate & Strawberry Cheese Cake - Rnet (jenimokhtar)
2. Black Forest Cheese Cake - K.Zai (Teratak Impian).
Alhamdulillah, nasib baik jadi...rasanya? Kalu ikut tekak aku, ok jer. Sbb aku mmg suka sangat.

Hasilnya...topping tu melimpah ruah la plak...aku taruk blueberry filling byk sgt la plak....lps masak toppingnya, aku x tunggu betul2 sejuk...cpt sgt g tuang, dh brlubang skit kat tgh2 cheese cake nh...tp x perasan pun...belajar dr kesilapan...


Bahan-Bahan: Bahan Base:
250 gm Digestive Biskut (apa2 brand pun x per)
125 gm Unsalted Butter

Bahan Cheese:
Bahan A:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
200gm susu pekat manis
80gm Coklat masakan putih - dicairkan cara double boiler
1/4 sudu teh lemon paste - aku taruk skit jer sbb stok lemon paste mmg pekat sgt. Kalu rujukan asal guna 1 sudu besar jus lemon.

Bahan B:
1 1/2 sudu teh Gelatin halal
100ml air
* campurkan dan cairkan secara double boiler. Kemudian sejukkan selama 5 minit.

Bahan C:
1/2 cwn blueberry filling

Topping:
100gm blueberry filling*
1 sudu teh gelatin*
2 sudu besar air*
* Campurkan semua bahan topping & masak cara double boiler. Sejukkan sekejap & tuangkan atas Cheese cake.

Cara:
1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk. Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci dan masukkan biskut.

2. Cairkan mentega.

3. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.

4. Tekankan adunan ini agar menjadi rata. Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.

5. Pukul krim putar sehingga pekat. Ketepikan.

6. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.

7. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan spatula. Masukkan coklat putih yg telah dicairkan tadi. Gaul rata.

8. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais. Tuangkan 1/3 adunan krim putar keatas adunan biskut & ratakan. Kemudian letakkan bahan C . Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis.

9. Buat topping dgn mencampurkan semua bahan topping. Masak dengan cara double boiler. Apabila semua sudah sebati, angkat & sejukkan sebentar.

10. Tuangkan campuran topping di atas cheese cake. Simpan semula cheese cake dlm peti ais selama 3 jam sebelum dihidangkan..


Note:

1. utk memudahkan memotong cheese cake / mengelak daripada cheese cake yang dipotong menjadi comot, rendam sekejap pisau di dlm air panas. Angkat & lap pisau dgn kain bersih. Potong cheese cake.

2. Guna loyang jenis springfoam & alas kertas minyak di sekeliling loyang supaya memudahkan ketika mengeluarkan cheese cake nnt.

3. Tunggu topping sejuk baru tuangkan atas permukaan cheese cake.

Tuesday, June 8, 2010

Red Velvet Cake


Tengok mcm best jer bila tgk hasil diorg buat Red Velvet cake nih...bila baca komen2 yg dah buat, katanya sedap, moist, rasa coklat2 skit, creamy & len dari rasa kek lain....ermmm cmner tu..mesti sedapkan...so, tingin lak nak cuba, tapi buat masa ni aku CNP pic dari web disini & resepi lak aku CNP dari nadiaejat@Myr...utk rujukan, kot2 bila dtg mood rajin & ngidam nk mkn ke, nnt leh buat...kalu kwn2 tingin nak rasa, meh ler cuba ye...(",)


Red Velvet Cake
Bahan-bahan: (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
Cream Cheese Frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

1. BUTTERMILK:
campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.

2. KEK:
sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.

3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.

4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.

5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung, pukul dan semua buttermilk, pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.

6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.

7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.

8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.

9. CREAM CHEESE FROSTING:
- Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.

- Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. Kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.

- Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die x keras, baru makan.


Note:
1. TEPUNG KEK:
1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. Ayak 3 kali.

2. Lain2 web & blog relate ngan red velvet cake/cupcake aku listkan utk mudahkan aku achieve..sbnrnya byk lagi tau...tp yg ni dh trlebih cukup...hehehe
- http://pinchmysalt.com/2008/11/10/red-velvet-cake-recipe/
- http://smittenkitchen.com/2007/09/red-velvet-cake/
- http://fireflypie.blogspot.com/2008/08/tribute-to-george-costanza-and-paula.html
- http://aliceqfoodie.blogspot.com/2007/02/red-velvet-cupcakes-with-sprinkles.html
- http://pinchmysalt.com/2009/02/04/red-velvet-cupcakes-with-cream-cheese-frosting-recipe/
- http://resepikasihidangansayang.blogspot.com/2010/03/red-velvet-cake.html
- http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/02/red-devil-cup-cake.html
- http://yummylicious-jun.blogspot.com/2010/02/red-velvet-cuppies-dream-come-true.html
- http://allrecipes.com/Recipe/So-Moist-Red-Velvet-Cake/Detail.aspx

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails