Friday, January 8, 2010

BROWNIES WITH DECO

Tgk hasilnya mmg mmbanggakan haku..hehehe...nk tahu nape? iya lol...aku mmg x penah deco kek & x penah pun brguru...dek kerana perasaan ingin mencuba menebal, aku gagahkan diri. Jadi ke, x jadi ke...Xleast aku mncuba. Kalu ikut Mr. Hubby, dia suh beli jer...tp sebenarnya hasil dari titik peluh sendiri lebih rasa kepuasan yg x trucap...kan2.. Padahal minggu nih agak bz. Mimie naik darjah 1 & Julia tadika. 1st day mimie sek, kena ler mengantor & mengambil, mengajar bas mana yg nk kena naik...kang salah lak.. 2nd day kena bawa mimie g follow up check-up kat GH Sultanah Aminah JB. 3rd day bawa Marissa cucuk utk umur 1thn. Sebenarnya kek besday Marissa tu brownies (resepi asal : Nina aka SL, tp aku amik dr dapurmaya Hana) ..aku taruk ganache & deko pic guna buttercream frosting (hasil google dr mana x ingat arrr). Tp brownies ni kureng skit, komen Mr. Hubby...mgkin x ngikut citarasa dia...tp budak2 nih ckp sedap...Rasanya kalu aku tukar serbuk koko kpd cooking coklat mcm Hana buat, ok kot...brownies ni rasanya agak pahit skit. baru ler rasa pure coklat...Mr. Hubby tegur, nape aku x buat brownies mcm ari tu...Moist Brownies yg aku buat sblm ni. Komen dia, Moist Brownies tu lagi sedap...Tp aku saja nk cuba yg baru, jd dpt buat bandingan yg mana yg best...hehehe. Habeh semua brg2 kt dapur aku modified...nk hasilkan brownies wif deco nih...aku seal jer plastik biasa jadi kon...kemudian gunting ujung plastik...jd ler piping bag...nih salah satu benda aku buat...nk citer satu persatu kang pjg lak...hehehe......




Bahan-Bahannya:
  • 250 gm Butter
  • 1 1/2 cawan Gula
  • 1 sudu teh Esen Vanilla
  • 4 biji Telur
  • 3/4 cawan Serbuk Koko
  • 1/2 sudu teh Baking Powder
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1/4 sudu teh Garam Halus
  • 1 cawan kekacang cincang ( aku guna 1/2 cwn badam cincang)

Cara-caranya:

  1. Cairkan butter secara double boiler. Ketepikan & suamkan.
  2. Pukul gula, telur & esen vanilla hingga kembang.
  3. Masukkan serbuk koko, pukul rata.
  4. Masukkan tepung + baking powder & garam, pukul rata.
  5. Kemudian masukkan butter cair.
  6. Masukkan badam cincang, gaul rata.
  7. Masukkan adunan kedalam loyang yang digris & dialas kertas serap myk.
  8. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 30-35 minit / sehingga brownies mencecah naik tepi loyang.
  9. Sejukkan sebelum dihias dengan topping @ ganache & dpotong.

Note:

  • Jgn overbake nanti brownies kecut & keras.
  • Nina guna loyang (13x9x2) inci....tapi aku guna loyang (9x9) inci
  • Hana olah resepi Nina >>100gm cooking chocolate, 1/2 cwn serbuk koko & 1 cwn gula.

Chocolate Topping

Bahan-bahannya:

  • 250 gm Cooking Chocolate
  • 1 sudu besar Butter
  • 50ml UHT Whipping Cream (boleh ganti 100ml susu cair)

Cara-caranya:

  1. Cairkan cooking chocolate dengan kaedah double-boiler.
  2. Kemudian masukkan whipping cream & kacau sehingga semua coklat larut & sebati.
  3. Masukkan mentega & kacau sebati. Tutup api.
  4. Biarkan suam dan boleh tuang atas brownies tadi.

Quick Vanilla Buttercream frosting

  • 1 cup Butter (haku guna shortening)
  • 3 cups Confectioner's Sugar
  • 1 teaspoon Vanilla Extract
  • 1-2 tablespoon Whipping Cream

Directions

  1. Mix together sugar & shortening
  2. mix on low speed until well blended & then increase speed to medium & beat for another 3 minutes
  3. Add vanilla & cream & continue to beat on medium speed for 3 minute or more., adding more cream if needed for spreading consistency.

Note:

Utk buttercream frosting ni haku cuma buat 1/2 adunan....tu pun ada lebihan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails