Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Monday, January 9, 2012

IKLAN : KELAS ROTI


Mencari-cari kelas membuat roti??? Jangan lepaskan peluang sebab kelas roti ini memang berbaloi-baloi bagi anda yang serius dalam bisnes roti & bakery....banyak info berguna & hasil roti memang sedap...anda akan diajar menghasilkan roti yang lembut tanpa menggunakan bahan2 kimia....semua anda akan tahu dalam kelas nanti...Anda akan belajar dari mengenal bahan2, menguli, memerap & membakar....anda yang belum pernah ada basic membuat roti insyaallah selepas belajar boleh membuat roti sendiri.....sebab kelas ni mengajar anda dari A-Z tentang membuat roti....

Kelas Roti (Hand on)
Pengajar dari Indonesia (Agus Jamhari)
Tarikh: 4-5 hb February (2days).
Tempat: Taman Pulai Indah, Skudai Johor.
Tel: 012-7666486 (Linda)
Silibus : Teori kualiti bahan roti, Assorted Roti Manis, Roti Tawar, Pizza, Donuts, Roti Kasur, Roti Bakar, Roti Sobek, Cup Bread, Twist Bread Rolled Bread & banyak lagi.
Yuran: RM1200/person (dateline paymnt dilanjutkan sehingga 20/1/12)
* Yuran termasuk makan minum, nota & Sijil akan diberi.
sesiapa nak join sila register dari sekarang, tqvm

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=345137252164930&set=a.345146092164046.91577.100000059749224&type=1&theater

Monday, March 29, 2010

Roti Sausage, Roll Sausage, Bun Kismis & Pizza

Roti lagi...ni pun sbb Mimie kena chickenpox...dh tak tau nk masak apa...buat roti camni ok gak sebab budak2 ni suka. Kalu masak nasi pun, emmm....ikut selera bdk2 ni gak...kadang2 x mkn sgt pun. Sesekali tukar selera, ok gak. Aku guna resepi basic roti yg aku penah N3 sblm ni (resepi asal pun dr Bro Rozzan)...dh siap doh roti ni, aku pelbagaikan hasilnya...menarik & sedap....sesuai lak roti ni utk roti sausage & pizza. Kalu nk rujuk roti sausage dr blog bro sila klik sini...


RESEPI ASAS ROTI
Bahan-bahannya:

Bahan A
  • 440 gm Tepung Roti
  • 60 gm Tepung Hong Kong (tpg gandum pun bleh)
  • 100 Gula
  • 1 sudu teh Garam Halus
  • 30 gm Susu Tepung (2 sudu besar)
  • 1 sudu teh Bread Improver
  • 1 paket (11gm) Yis Kering

Bahan B

  • 250ml Air
  • 1 biji Telur (pukul skit)

Bahan C

  • 80 gm Shortening / Lemak Sayuran

Bahan tambahan utk buat:

sausage roll (3 ketul):

  • Sosej secukupnya
  • 1 biji kuning telur + sedikit susu tepung (guna cara lain - sapu ngan fresh milk sblm bakar & mentega slps bakar)
  • Sedikit bijan utk tabur
Roti Sausage (6 ketul):
  • Sausage secukupnya
  • sayur campur
  • mayonis
  • Cili sos
  • Keju parut
Bun Kismis ( 10 ketul):
  • Kismis secukupnya
  • 10 keping papercup
Homemade Pizza (1 kpg pizza):
  • 1/4 biji cili cupsicum
  • sedikit carrot - parut kasar
  • 1/2 biji tomato
  • 2 ketul sausage
  • 1 ketul ayam - potong dadu
  • tomato sos
  • mayonis
  • cili sos

CARA-CARANYA:

  1. Campurkan semua bahan A & B dan uli sehingga jadi doh.
  2. Masukkan pula bahan C dan uli sehingga doh menjadi kenyal & licin. Biarkan doh selama 30-40 minit.
  3. Selepas itu, tumbuk2 doh & uli utk keluarkan angin. Ini amat penting utk menghasilkan tekstur roti yang lembut & tidak berongga besar.
  4. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Kena agak2 la utk sausage roll, roti sausage, bun kismis & pizza.
Cara membuat roti sausage yg aku cnp dr bro Rozzan:
Ambil sedikit doh yg telah diperap (kira-kira 80 gm) canai leper dan dibalut pada sebatang sosej. Biarkan ada lebihan doh pada sebelah bahagian sosej tadi. Ambil pisau dan hiris sosej seperti bentuk sikat. Bentukkan roti seperti di atas dan taburkan sedikit mixed vegetable.... (sila lihat cara pada pic yg saya tukil dr buku Chef Alex Goh ni)






Taburkan sedikit keju mozarella (jika suka, optional). Pastu bakar dgn suhu 180 darjah Celsius selama kira-kira 15-20 minit.





Keluarkan dan picitkan sos cili dan maiyonese. Kemudian masukkan semula roti ke dalam oven dan bakar lagi selama lebih kurang 10 minit atau sehingga roti masak kekuningan. Keluarkan dari oven dan sejukkan.




Cara membuat sausage roll:
  1. Ambil 1 bahagian, canaikan agak2 dapat 3cm lebar & 25cm panjang. Agak2 cukup utk sosej yg digunakan.
  2. Ambil satu potong, balut sekeliling sosej & letak diatas dulang yang sudah disapu shortening (mentega).
  3. Ulang balut sehingga sosej habis.
  4. Biarkan 1jam / sehingga naik. Sapukan kuning telur+ susu tepung & tabur sedikit bijan.
  5. Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama 20 minit.




Cara membuat bun kismis:
  1. Cuma campurkan kismis ke dalam doh.
  2. Kemudian bahagikan doh (bahagian bun kismis) kepada 10 ketul kecil & bulat2kan doh kecil & masukkan ke dalam papercup.
  3. Ulang sehingga habis & biarkan sehingga naik.
  4. Sapukan bahan sapuan pada permukaan bun.
  5. Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama 20 minit.



Cara membuat Pizza:
  1. Ambil doh bahagian pizza. Canai bulat spt dlm gambar agak2 tebalnya 1 cm.
  2. letakkan atas dulang bakar (tp aku guna tutup periuk...asal boleh jer)
  3. Tunggu doh naik sekejap. Kemudian bakar selama 10 minit & keluarkan.
  4. Sapukan permukaan kulit pizza dgn sos tomato. Ikut suka, taburkan bahan topping.
  5. Picitkan mayonis & sedikit sos cili (kalu bdk2 x suka pedas x yah taruk).
  6. Taburkan keju parut (lg byk lg sedap).
  7. Bakar lagi sehingga keju cair / permukaan pizza kekuningan.



Note:
1. Sausage & ayam mesti direbus / dimasak dahulu sblm digunakan utk roti or pizza.

Wednesday, March 3, 2010

CUCUR PIZZA


Cucur ni aku buat kecik2. Senang ank2 nk mkn.


Yang ni versi aku sapu sos cili + mayonis & tabur keju mozarella parut


BAHAN-BAHANNYA:
3 cwn Tepung Roti / Tepung gandum*
1 sk yis Mauripan*
2 biji Telur*
3 sudu besar Mentega / Marjerin*
Garam secukup rasa*
1 biji Tomato - buang biji & potong dadu*
1/2 biji cili capsicum - potong dadu*
3 biji kacang buncis - potong nipis*
1/4 batang carrot - sagat halus*
3/4 cwn air suam
Cili sos & mayonis secukupnya
Keju parut secukupnya (optional)

CARA MEMBUATNYA:
  1. Satukan bahan yg bertanda *. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga semua sebati. Doh yang terhasil agak lembik sedikit. Biarkan selama 1 jam / sehingga adunan naik.
  3. Cucurkan di atas kuali 'non-stick' tanpa menggunakan minyak dgn menggunakan api yang perlahan.
  4. Balikkan kedua belah agar garing. Agak2 hampir masak, boleh ditaburkan keju parut (kalu dpt, tutup sekejap dgn tudung periuk supaya masak sekata)
  5. Bila sudah masak, angkat & hidangkan dgn campuran sos cili + mayonis.

Sunday, February 21, 2010

ROTI PIZZA


Bahan-bahan:
  • Roti Sandwich Gardenia - kuantiti ikut suka
  • 5-8 ketul Sausage - aku guna cheese sausage ayamas & sausage ayam (potong bulat)
  • Sedikit carrot - parut kasar
  • Keju Mozarella parut - utk topping
  • Mayonis secukupnya *
  • Cili sos secukupnya * (* campurkan & gaul rata)
  • Serbuk lada sulah / lada hitam (optional)

Cara membuatnya:
  1. Rebus sausage selama 3-5 minit. Kemudian potong bulat2.
  2. Pre-heat oven. Griskan dulang pembakar dgn shortening/marjerin/mentega.
  3. Susun roti gardenia atas dulang.
  4. Sapukan mayonis + cili sos atas roti.
  5. Taburkan carrot, sausage & mozarella parut (tabur byk2 lagi umphhh).Taburkan sedikit serbuk lada hitam/lada sulah.
  6. Kemudian bakar selama 15 minit / sehingga cheese cair.

Monday, February 8, 2010

ROTI GULUNG SAUSAGE

Menu sarapan pagi. Cepat & mudah. X yah nak uli2 tepung wat roti. Beli jer roti sandwich kat kedai. Boleh jugak, roti ni isikan sardin & celup dlm tepung & goreng. Macam2 cara, yang penting rajin & kreatif. Skali hadap jer....habeh selesai...erkkk..alhamdulillah.


Bahan-bahannya:
Roti Gardenia secukupnya
Sausage ayam secukupnya
Serbuk roti secukupnya
1 biji telur - pukul sekadar campurkan kuning & putih

Cara-caranya:
1. Celur sausage selama 3-5 minit. Toskan airnya.
2. Belah sausage kepada 2 (nak guna seketul pun boleh, tapi mcm susah nk gulung nnt, tebal sgt lak). Ambil separuh sausage letakkan atas roti, gulungkan. Buat sehingga semua sausage habis.
3. Kemudian masukkan roti yg digulung sausage tadi ke dalam telur supaya semua permukaan bersalut dgn telur. Kemudian terus golek2kan roti tadi ke atas serbuk roti supaya semua permukaan roti bersalut dengan serbuk roti. Ulang cara yang sama sehingga semuanya habis.
4. Goreng dengan cara deep fry sampai golden brown. Angkat & toskan minyak.

Monday, January 18, 2010

SCONE

Scone bukan sebarang roti atau biskut.....
Rujukan dari : SAJI Mei 2006

APAKAH ITU SCONE?
Bangsa Scotland menamakannya roti segera. Scone diambil namanya sempena nama, Stone of Destiny ataupun Scone. Disitulah raja Scotland ditabalkan. Pada asalnya scone dibuat dalam bentuk segitiga & diperbuat daripada oat. Sekarang ini bentuknya dipelbagaikan dan menggunakan perasa & ramuan yang lebih variasi. Sekarang scone bukan saja popular dikalangan orng Scotland malah dikalangan masyarakat Amerika, Eropah & Inggeris. Biasanya ia menggunakan ramuan seperti tepung, gula mentega, susu, soda bikarbonat, telur & krim. Semuanya digaul menjadi doh & dicanai setebal 3 cm sebelum diterap dengan acuan.


Resepi dari Majalah SAJI
SCONE CIP COKLAT
Bahan-bahannya:

280gm tepung serba guna
50gm gula kastor
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
113 gm mentega (unsalted) * potong dadu & sejukkan
1 sudu kecil esen vanilla
160ml buttermilk (rujuk note dibwh)
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
50gm coklat cip

Note:
* Cara mghasilkan Buttermilk - Ambil 160ml susu segar & perahkan dgn setengah biji lemon. Kacau & ia akan kental seperti dadih.

Cara menyediakannya:
1. Panaskan dahulu oven pada suhu 200darjah celsius.
2. Satukan tepung, gula, serbuk penaik, soda bikarbonat & garam. Gaul rata.
3. Masukkan mentega, ramaskan mentega dgn campuran tadi sehingga ia berderai seperti serbuk roti.
4. Masukkan coklat cip & gaul rata lagi.
5. Tuangkan buttermilk & esen vanilla. Gaul sehingga ia menjadi doh.
6. Setelah itu taburkantepung di atas papan canai. Uli doh sebanyak lima kali (canai & lipat, ulang smpai 5 kali). Canaikan doh setebal 3.5cm. Potong scone dgn pisau / terap dgn acuan. Tapi ingat scone hendaklah besar acuannya & ia tidak boleh menggunakan acuan sebesar biskut raya.
7. Setelah itu susun di atas dulang yang berlapik kertas surih.
8. Pukulkan telur dgn susu. Sapukan di atas permukaan scone.
9. Bakar sehingga 25 minit.

SCONE LABU
Bahan-bahannya:
280gm tepung gandum
72gm gula kastor
1/2 sudu kecil air halia parut
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
113gm mentega (unsalted) * potong dadu & sejukkan
50gm coklat putih
30gm kacang pecan/walnut/badam
125gm labu kuning (lihat note dibwh)
1 sudu kecil esen vanilla
80ml buttermilk

Note:
* Labu kuning dikukus & dilecek.

Cara menyediakannya:
Sama saja seperti scone sblm ini. Stlh campuran tepung digaul menjadi seperti serbuk roti, tuangkan buttermilk & labu lecek tadi. Proses menguli sama saja. Coklat putih perlu potong kecil. Begitu juga dgn pilihan kekacang. Cukup satu jenis saja. Tidak perlu dimasukkan tiga jenis kacang.

SCONE COFFEHOUSE
Bahan-bahannya:
280gm tepung serba guna
50gm gula kastor
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
113gm mentega (unsalted) * potong dadu & sejukkan
50gm ceri / cranberi (kering)
160ml buttermilk
1 biji telur
1 sudu besar susu segar

Cara menyediakannya:
Langkah sama saja dgn scone cip coklat. Cranberi & ceri kering boleh juga digantikan dgn kismis ataupun kurma yg dihiris halus.

SCONE COKLAT
Bahan-bahannya:
120ml Whipping cream
1 biji telur (pukul perlahan)
1 sudu kecil esen vanila
243gm tepung serbaguna
30gm serbuk koko
66gm gula kastor
2 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil garam
76gm mentega (unsalted) * potong dadu & sejukkan

Cara menyediakannya:
1. Satukan tepung, garam, serbuk penaik, gula, soda bikarbonat, serbuk koko & digaul rata.
2. Ramaskan dengan mentega hingga berderai.
3. Masukkan whipping cream, esen vanilla & telur. Uli seperti biasa & canai.
4. Terapkan dgn acuan bulat biasa selain dipotong segitiga.
5. Sapukan bahagian atas scone dgn campuran satu sudu whipping cream & sebiji telur sblm dibakar.

Wednesday, January 6, 2010

SAUSAGE ROLL, CHEESE SAUSAGE ROLL & CHEESE BREAD

Roti lagi...!!!! sebenarnya kesian lak anak aku dok minta roti sausage. Julia yg slalu mcm ni, selagi x kasi kena ler pasang telinga. Dia dok ulang minta sampai ler kita dapt bagi or kasi alasan yang memuaskan hati dia. haiii...4 anak 4 ler ragam...Jadi trpaksa merajinkan diri. bkn pe, nk kuar g beli maleh bangat...sbb penat siang td g hospital pasal kes Mimie blum hilang lagi. Mujur ada bahan kat umah. Aku amik resepi dari Bro Rozzan (Basic bread recipe). TQ bro...murah ilmu.....Jadi aku dpt ler buat sausage roll biasa, sausage roll keju & roti keju sebab adunan tu banyak.


RESEPI ASAS ROTI

Bahan-bahannya:

Bahan A


  • 440 gm Tepung Roti
  • 60 gm Tepung Hong Kong (tpg gandum pun bleh)
  • 100 Gula
  • 1 sudu teh Garam Halus
  • 30 gm Susu Tepung (2 sudu besar)
  • 1 sudu teh Bread Improver
  • 1 paket (11gm) Yis Kering

Bahan B

  • 250ml Air
  • 1 biji Telur (pukul skit)

Bahan C

  • 80 gm Shortening / Lemak Sayuran

Bahan tambahan utk buat sausage roll & roti keju:

  • Sosej secukupnya (aku guna 7 ketul chicken sausage & 3 ketul cheese sausage)
  • 1 biji kuning telur + sedikit susu tepung
  • Sedikit bijan utk tabur
  • Keju parut secukupnya - keju mozarella utk tabur
  • Gula - untuk tabur

CARA-CARANYA:

  1. Campurkan semua bahan A & B dan uli sehingga jadi doh.
  2. Masukkan pula bahan C dan uli sehingga doh menjadi kenyal & licin. Biarkan doh selama 30-40 minit.
  3. Selepas itu, tumbuk2 doh & uli utk keluarkan angin. Ini amat penting utk menghasilkan tekstur roti yang lembut & tidak berongga besar.
  4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. 1 utk sausage roll & satu bahagian lagi utk roti keju (Agak je)

Cara membuat sausage roll:

  1. Ambil 1 bahagian, canaikan agak2 dapat 3cm lebar & 25cm panjang. Agak2 cukup utk 10 ketul sosej.
  2. Ambil satu potong, balut sekeliling sosej & letak diatas dulang yang sudah disapu shortening (mentega).
  3. Ulang balut sehingga sosej habis.
  4. Biarkan 1jam / sehingga naik. Sapukan kuning telur+ susu tepung & tabur sedikit bijan.
  5. Bakar pada suhu 160 darjah selcius selama 20 minit.

CHEESE SAUSAGE ROLL



SAUSAGE ROLL (gambar ni aku amik dr resepi lepas)

Cara membuat roti keju:

  1. Ambil baki bahagian adunan tadi. jadikan bebola kecil (agak2 dapat 12 ketul - bergantung pada loyang ye)
  2. Biarkan 1 jam / sehingga naik.
  3. Taburkan keju parut dan sedikit gula.
  4. Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama kira 15-20 minit.
  5. Bila 1/2 masak, keluarkan & taburkan lagi keju. Terus bakar hingga masak.
CHEESE BREAD

Wednesday, December 2, 2009

ROTI CANAI

Ni 2nd time aku buat roti canai, masa 1st time cuba, aku amik resepi dari majalah saji...roti canai aku keras...aku ikut resepi tu, campurkan semua bahan-bahan baru uli...ntah kat mana silapnyer...padahal aku ikut betul2 sukatannya..kali ni hasil google aku, aku amik dari resepi mamafami. Aku campurkan semua bahan, tapi shortening aku masukkan kemudian....hasilnya memang sedap & lembut...



Bahan-bahannya:
  • 500gm Tepung Gandum
  • 300ml air sejuk
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar Shortening / marjerin

Cara-caranya:
1. Campurkan air & garam, kacau garam sehingga hancur.

2. Campurkan tepung, telur, susu pekat. Masukkan air garam, uli sehingga doh menjadi kenyal & elastik.

3. Uli doh sambil masukan shortening sedikit demi sedikit sehingga habis.

4. Bahagi doh kepada doh kecil. Dapat dalam 10 biji.

5. Salut doh kecil dengan marjerin & perap selama sekurang-kurangnya 2 jam. Jika simpan semalaman dalam fridge lagi bagus.

6. Ambil doh kecil, tebarkan menjadi nipis (nipis cam kertas). Gunakan sedikit minyak semasa tebar supaya tak mudah koyak. Aku tebar atas talam jer.. Gulung menjadi sanggul seperti gambar diatas atau lipat jadi 4 segi pun boleh. Terpulang....

7. Selepas goreng, ketika masih panas, tepuk2 menggunakan kedua-dua tapak tangan.

** ingat nak amik gambar step by step tapi x leh ler...tgn aku berminyak...x der org nak tolon snap...kalu nk tgk step by step boleh rujuk http://-maisya-.blogspot.com/2008/09/roti-canai.html

PETUA NAK BUAT ROTI CANAI:
> Untuk menjadikan roti canai LIAT - taruh minyak
> Untuk menjadikan roti canai CRISPY - taruh gula or tambah susu pekat manis
> Untuk menjadikan roti canai lembut - uli dgn air sejuk (air amik dari peti ais ye..)

Ni aku tengok cara mak & mertua aku buat...depa cuma guna air garam jer untuk menguli. Tapi lembut & sedap..nyam..nyamm..air tangan mak kot...hehehe..
Lepas uli lembut, bahagikan doh kepada ketul kecik2 & sapu jer marjerin or minyak supaya x melekat. Lepas 2 perap semalaman...esok pagi baru tebar & goreng...sodap beb...

Thursday, November 19, 2009

SAUSAGE ROLL



Resepi ni aku google dari blog Mat Gebu. Tapi ader sedikit perubahan sebab ader bahan yang x der stok...Seperti biasa aku uli guna tangan....berkat air tangan ibu utk anak2 & suami tercinta...berkarate aku kat dapur nak dptkan doh yang lembut...hasilnya memuaskan...
Elok plak petang ni hujan....berselera anak2 haku makan...(sebenarnya sbb ader sosej...kalu x der, x jln)

Bahan-bahan:
  • 270gm Tepung Roti
  • 50gm Tepung Hongkong (TD guna tepung gandum)
  • 60gm Gula Halus
  • 1 sudu teh Garam
  • 2 1/2 sudu besar Susu Tepung
  • 1 1/2 sudu teh Yis Mauripan
  • 1/2 sudu teh Bread Improver
  • 1/2 sudu teh Bread Softener
  • 1 biji Telur - gred C
  • 140ml Air (penyukat cawan TD - 2/3 cawan)
  • 30gm Mentega (TD guna Shortening - sbb mentega out of stock)
  • 10 ketul Sosej - rebus 5 minit & toskan
  • Kuning Telur + sedikit susu tepung - utk disapu pada roti
  • sedikit badam hancur - ditabur atas roti. (resepi asal guna biji bijan...tp x der stok ler plak)

Cara-caranya:
1. Bancuh yis + air + gula & satukan semua bahan-bahan kecuali shortening.

2. Gaul hingga menjadi doh. Kemudian masukkan shortening & terus uli sehingga dapat doh yang lembut & kenyal (perhhhh.....lenguh nk uli sampai lembut). Biarkan doh selama 1 jam / sehingga naik.

3. Canaikan doh & potong supaya dapat potongan berukuran 3cm lebar & 25cm panjang, agak-agak cukup utk 10 ketul sosej.

4. Ambil sepotong, balut sekeliling sosej & letak diatas dulang yang sudah disapu shortening (mentega).

5. Biarkan 45minit / sehingga naik. Sapukan kuning telur + susu tepung, kemudian taburkan badam hancur.

6. Bakar pada suhu 160degC selama 20minit.

Sunday, November 15, 2009

Roti Naik

Resepi Roti Naik ni aku google dari beberapa blog...ada yang olah mengikut citarasa sendiri...ni lah blog2 yg aku jumpa ada resepi roti naik...Maisya, Mat Gebu, Penyulawa & byk lagi....dari hasil google, baru aku tahu, Roti Naik ni glamer di Johor...betul ler orang kata roti ni teksturnya macam kek...tgk gambo tu rotinyer gebu x hengat...dh macam kuih apom la plak..



Bahan-bahan:
  • 400g Tepung Roti
  • 100 Tepung Gandum (asal tepung Hongkong/superfine)
  • 250ml air
  • 50g susu pekat manis (asal susu tepung)
  • 3/4 sudu teh bread improver (asal tak letak)
  • 100g Gula Perang (asal 180g, tp dh letak susu pekat, kena kurang skit nnt kang manis plak)
  • 100g margerin/mentega
  • 11g Yis Mauri-pan
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning

Oleh kerana x der mesin pengadun, aku uli guna tangan jer...

Caranya:
1. Bancuh yis + susu pekat + air.

2. Satukan semua bahan kering + bancuhan yis tadi kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh.

3. Kemudian masukkan mentega sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang kenyal, agak-agak dah x melekat pada tangan (tapi adunan ni memang sedikit lembik). Biarkan 30minit / adunan naik.

4. Bahagi adunan kepada 8 bahagian yang sama besar (sebenarnya ikut saiz loyang, kalu besar loyang, bahagi lebih ler). Bulatkan doh dan susun dalam loyang yang telah disapu sedikit marjerin/mentega.

5. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biarkan selama 1jam/hingga naik.

6. Bakar pada suhu 190degC selama 20minit.

7. Selepas keluarkan dari oven (masih panas), sapukan pada permukaan roti dengan mentega. Supaya roti nampak berkilat & cantik.

Sunday, October 18, 2009

ROTI JALA & KARI AYAM



ROTI JALA

Bahan-bahan:
  • 500g Tepung gandum
  • 150ml susu cair
  • 1000ml air - Brgantung kpd kepekatan adunan, jk pekat lebihkan air.
  • 1 biji telur
  • garam - secukup rasa
  • Sedikit Pewarna kuning (aku taruk serbuk kunyit jer)

Cara-cara:
1. Semua bahan disatukan.

2. Kacau rata kemudian ditapis.

3. Panaskan kuali leper, sapukan minyak sikit (aku guna daun pandan utk sapu myk).

4. Kemudian mula megirai adunan.

5. Bila dah masak, angkat roti jala, boleh lipat atau gulung.


KARI AYAM

Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam - bersihkan & potong kecil
  • 1 biji bawang besar - kisar halus
  • 2 ulas bawang putih - kisar halus
  • 1 inci halia - kisar halus
  • 1 paket serbuk kari ayam (25g)
  • 2 ulas bawang merah - mayang nipis
  • 1 ulas bawang putih - mayang nipis
  • sedikit daun kari
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • kulit kayu manis
  • 1 biji kelapa - perah & dapatkan santan (anggaran 3cwn)
  • 2 biji kentang - belah 6
  • 1/2 Carrot - potong ikut suka.
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.

2. Tumis bawang yg dimayang,daun kari & rempah2 hingga bawang layu.

3. Masukkan bahan kisar yang telah dicampurkan dengan rempah kari & kacau rata.

4. Tumis hingga rempah kari pecah minyak.

5. Kemudian masukkan ayam.

6. Masukkan 1/2 santan (cair) & garam. Kacau sebentar & biarkan ayam separuh masak.

7. Masukkan kentang, kacau2 sebentar, masukkan carrot.

8. Bila ayam, kentang & carrot hampir masak, masukkan lebihan santan (pekat).

9. Kecilkan api & biarkan kuahnya mendidih sebentar sebelum ditutup api.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails