Showing posts with label Resepi Putih telur. Show all posts
Showing posts with label Resepi Putih telur. Show all posts

Tuesday, July 6, 2010

Kek Lapis Dhia

Kek ni menggunakan 100% putih telur. Rujukan asal 'Kek Lapis Winter Sonata' sumbangan oleh Dayang Norziah Bt. Awang Jamil...Aku pernah masukkan N3 resipinya sblm ni....kali ni aku cuba sbb ada lebihan putih telur dari kek lapis rempah yang aku buat....maaf ye, derhaka skit dari resipi asal sbbnya aku olah ikut bahan2 yg ada kat dapur teratakdhia & hentam kromo jer aku cmpur, jadi aku taruk la nama baru utk kek lapis yang aku hasilkan ni...alhamdulillah hasilnya menjadi...tekstur kek mmg gebu & halus, lembut, terasa lemak2 & cair dimulut...hehehe...tp cuma x moist macam kek lapis yg ada kuning telur....




Kek Lapis Dhia

Bahan-bahannya:
20 biji Putih telur (anggaran berat 650-700gm)
450 gm Butter
240 gm Tepung Hong Kong
120 gm Tepung Jagung
60 gm Nestum Original - di blend mnjadi tepung
1/2 cwn susu full cream
1 cwn Buttermilk - aku campurkan 3/4 cwn plain yogurt + 1/4 cwn susu full cream.
6 sudu makan Susu Pekat Manis
1 sudu teh vanila
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh butter oil
30ml air sejuk
Pewarna kuning
Pewarna hijau muda
Pewarna pink

Cara Membuatnya:
1. Pukul mentega + ovalette + susu pekat hingga kembang & putih.

2. Pukul putih telur + gula sampai kental (meringue). Maksudnya bila diangkat whisk, telur tu x jatuh.

3. Masukkan adunan telur dalam adunan mentega. Gaul rata.

4. Masukkan tepung HK & tpg Jagung dalam adunan. Gaul rata.

5. Akhir sekali masukkan air sejuk & gaul sebati.

6. Bahagi adunan kepada 3 bahagian:
> Bahagian 1 - Buttermilk + butter oil. Kemudian bahagi kepada 2 bahagian iaitu 1a & 1b.
> Bahagian 2 - Nestum + susu full cream + warna hijau.
> Bahagian 3 - warna kuning + vanilla.

7. Griskan loyang (9x9) inci. Lapis & bakar seperti berikut:
> Lapis & bakar adunan 1a sampai habis - aku dpt 3 lapis.
> Lapis & bakar adunan 2 & 3 berselang-seli.
> Lapis & bakar adunan 1b sampai habis. - aku dpt 3 lapis.



Note:
1. Aku gunakan yogurt sbb nk habiskan stok. Resipi asal guna Nestle Reduced Cream, tp dh puas cari x jmpa plak. Jadi bila tgk resipi kek2 lain ada guna buttermilk, aku cuba jer...nasib baik rasanya ok...

Saturday, May 29, 2010

Kek Lapis Winter Sonata

Kek ni menggunakan 100% putih telur...jadi bleh ler guna baki2 putih telur lps buat kek lapis biasa tu...daripada dok pening2 tak tau nk buat apakan...leh gak dicuba...nmpak mcm sedap...insyaallah bila2 aku buat aku share disini ye...

Kek Lapis Winter Sonata

Resipi sumbangan: Dayang Norziah binti Awang Jamil
http://www.myonestopsarawak.com.my/info/RecipeCenter/recipe/cakes/ca017.shtml

Bahan-Bahannya:

20 biji putih telur
16 oz. mentega
1½ gelas tepung HK
1½ gelas tepung jagung
1 gelas gula kastor
½ gelas serbuk coffee Mate
1 tin kecil Nestle Reduced Cream
1 sudu makan perisa vanilla
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh butter oil
3oz air sejuk
Pewarna Kuning dan hijau Muda

Cara Membuatnya:

1. Pukul mentega hingga naik dan putih, ketepikan.

2. Pukul putih telur dengan gula sampai kembang dan sebati.

3. Lepas itu campurkan keuda-dua adunan itu lalu digaul rata.

4. Kemudian itu masukkan tepung jagung, tepung Hong Kong dan ovalette, gaul rata-rata.

5. Akhir sekali masukkan air sejuk serta gaul hingga ia sebati. Selepas itu, bahagikan adunan itu kepada 3 bahagian iaitu:

-bahagian I - Nestle Reduced Cream dan butter oil (dibahagi 2)
-bahagian II - Serbuk coffee Mate dan perisa vanilla serta warna hijau muda
-bahagian III - warna kuning

6. Lapis adunan I dahulu yg dibahagi tadi sampai masak, bila ia masak, lapiskan adunan II sebanyak 4 sudu makan

7. Bakar hingga masak dan bila masak, lapiskan pula adunan III sebanyak 4 sudu makan, juga sampai masak

8. Buatlah begitu berlapis-lapis hingga habis dan masak untuk adunan II dan III dan apabila ia masak kesemuanya barulah lapis adunan terakhir iaitu adunan I tadi utk penutup kek ini, bakarlah sampai ia masak dan teratur.

Ini la gambar Nestle Reduced Cream hasil aku google...tapi x pernah jumpa lak kat pasaran Malaysia nih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails