Tuesday, November 2, 2010

Puding Roti Butterscotch



Ni rupa sebenar roti gardenia butterscotch


Roti yg dikoyak2 kecil & direndam bersama2 dgn susu UHT


Bila semua bahan dh dicampur, dimasukkan kedalam loyang bakar & ditabur dgn kismis.


Puding roti dh siap bakar....nak kena sejukkan dulu...sementara tu leh la buat kuah kastad plak...


Makan bersama2 kuah kastad...nyum3...mabeles....


Sumber asal : firzara fairyland

Bahan-bahannya:
Bahan A :
8 keping roti gardenia butterscotch ( boleh ganti dgn roti lain)
2 cwn susu Full cream UHT / fresh milk / susu cair

Bahan B :
2 biji telur
4 sb gula halus
1 sb tepung jagung
2 sb mentega
1 sk esen vanilla
sedikit kismis

Cara membuat Puding Roti :
1. Koyak2 roti menjadi kecil.

2. Rendam roti ke dalam susu selama 30mins.

3. Gaul semua bahan B ( kecuali kismis).

4. Setelah 30mins, campurkan semua (bahan A & B) dan masukkan kismis (tinggalkan skit utk tabur) . Gaul rata.

5. Tuangkan ke dalam loyang & tabur baki kismis tadi atas adunan tadi.

6. Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama 45 mins / sehingga masak.

7. Sejukkan di dalam peti ais & hidangkan bersama2 kuah kastad.


Kuah kastad
1 tin susu cair
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar tepung kastad

Cara membuat kuah kastad :
- Campurkan sebati semua bahan & masak di atas api kecil sehingga menjadi pekat.
- Angkat & sejukkan.
- Hidangkan bersama2 puding roti.


Note :
1. Aku bakar guna loyang (9x9) inci....hasil puding agak nipis...

4 comments:

Angah Fadzrul said...

bleh cuba nie

Sue dan Nahar said...

saya cuba resepi nie tapi guna croisant sbb lepas buat croisant..sos custard pon sedap .Terima kasih sharekan resepi nie.

Ryna Azmi said...

Nak cuba la

Ryna Azmi said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails