Thursday, November 10, 2011

Nasi Daging Utara & Air Asam Tomato Kerisik

Nasi Daging ni rasanya glamor di utara...x tahu lak kalu kat tempat lain pun ada...tingat masa kecik2 dulu...kenduri kawin jer mesti org kg wat nasi daging & daging cicah air asam....x mkn lauk2 len pun x per...mkn ni jer dh bertambah berpinggan2...huhuu...sedap hingga menjilat jari....
Biasanya nasi daging dihidang gak bersama acar timun nenas (jelatah)...Meh layan resepi campak2 jer...ikut bahan2 yg ada kat dapur....janji leh makan & sedap...




Nasi Daging
Bahan - bahan:
1kg Beras Basmathi - basuh & toskan
1kg Daging (potong 12-14 ketul)
1/2 cwn tomato sup
1/2 tin susu cair / 3sb Yogurt Asli (Tairu)
1/2 cwn minyak masak
3sb planta / mentega/myk sapi
2 sb rempah nasi daging / rempah kurma* - Linda guna rempah kurma
1sb rempah beriani* (* bancuh dengan sedikit air)
Garam secukup rasa
Sedikit kismis
Bawang Goreng - utk taburan

Bahan Tumis
4 sekawan - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga.
1-2 helai daun pandan
1 batang serai - ketuk
1 labu bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
3 biji badam - kisar (Linda taruk sbb x guna rempah nasi daging)

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak masak & minyak sapi.
2. Tumiskan 4 sekawan, daun pandan & serai hingga wangi.
3. Masukkan bahan2 kisar. Tumis hingga wangi.
4. Masukkan rempah yg dibancuh dengan air. Kacau2 & biar hingga pecah minyak & wangi.
5. Masukkan daging & air. Masak hingga daging empuk.
6. Dah empuk, masukkan tomato sup & biarkan mendidih.
7. Masukkan susu cair & sesuaikan rasa garam. Biarkan sebentar baru masukkan beras.
8. Kacau2 sekejap & tuang kedalam rice cooker. Masak sehingga nasi tadi masak.
9. Nasi dh masak, gembur2kan nasi & keluarkan daging. Potong nipis2 & hidangkan bersama air asam tomato Kerisik & Jelatah (acar timun mentah)


Air Asam Tomato Kerisik
bahan-bahannya:
Cili padi - secukupnya *
sedikit belacan - dibakar * (ditumbuk kasar)
2 biji Cili besar - dihiris
2 biji tomato - dihiris nipis
1 labu bawang besar - dihiris
1sb kerisik
Air asam jawa secukupnya
gula & garam secukup rasa

Caranya:
Campurkan semua bahan diatas. Gaul sebati.


Ni lak aku google & dpt cara2 nak buat rempah nasi daging sendiri...kot next time leh la cuba...
Aku CNP resepinya kat sini utk memudahkan aku nak rujuk nnt...

Rempah Nasi Daging (homemade)
Sumber asal : http://resepimingguini.blogspot.com/2010/06/nasi-daging-utara.html

Bahan-bahan.
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • sedikit bunga lawang, bunga cengkih& buah pelaga
  • 1 sudu besar halba
  • 2-3 biji buah keras-ditumbuk kasar
  • 2-3 biji badam-ditumbuk kasar
  • 1 inci halia-dihiris nipis
Cara membuatnya:
1. Semua bahan2 di atas disangai @ digoreng tanpa minyak hingga garing.
2. Sejukkan & kisar hingga menjadi serbuk.
3. Simpan di dlm bekas kedap udara.



Note:
1. Sukatan beras & air ialah 1:1. Jd klu rebus daging brsama2 rempah yg ditumis kena pandai2 agak ye sukatan airnya...
2. Kalau daging dh rebus asing2, air rebusan jgn dibuang, guna utk masak nasi daging.
3. Jika guna beras basmathi, rendam sekejap dlm 10minit sebelum ditoskan. Kalu guna beras biasa x perlu rendam...

4 comments:

Chik Mimi said...

sedapnya nasi daging ni linda

Impian Murni said...

sedap..walaupun terpaksa salin....tq ya

andy hakim said...

boleh ni di coba
http://mitrabogatama.com
http://meatspecialist.co.id
http://jakartafinestmeat.wordpress.com
http://supplierdagingsapi.co.id

Nabeeha said...

terima kasih kongsi resepi.....terliur tgk.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails