Thursday, November 18, 2010

Chocolate Moist Cake wif Deco (Spiderman)


Ini hasil keras tangan aku (psstttt...Mr.hubby yg tolon lukis...hehehe)...1st time buat kek besday utk org order...order dari Kak Jem utk puteranya Khairul Amirin...harap Adik Amirin suka...ni resipi sama mcm moist brownies yg aku slalu buat...cuma aku tambah qty telur jer...

Bahan-bahannya:
Bahan A - sebatikan semua
1 cwn susu cair
1 cwn butter - cairkan
1 cwn air panas
2 cwn gula perang

Bahan B - Pukul sekadar berbuih jer
4 biji telur (gred A)
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C - Ayak semua (3 kali)
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat


Cara-caranya:

1. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celsius selama 10minit.

2. Masukkan Bahan A yang disebatikan kedalam mangkuk yang besar.

3. Tuangkan pula Bahan B & kacau sebati.

4. Masukkan Bahan C sedikit demi sedikit sambil kacau hingga sebati.

5. Alaskan loyang (9x9) inci dengan kertas serap minyak & tuangkan adunan.

6. Bakar selama 40-50minit / sehingga masak (cucuk kek smpai dasar dgn lidi, lidi keluar bersih).

7. Sejukkan & hiaskan.

Note:
1. Aku bakar 2 loyang, setiap loyang taruk 1/2 adunan jer. Sbb nak dptkan 2 layer kek.

2. Ditengah kek aku taruk blueberry filling & sapukan buttercream + ganache yang aku buat. Kemudian letakkan kek satu lagi atasnya dengan kemas. Sapukan seluruh permukaan & keliling kek dgn buttercream + ganache, sejukan sekejap dlm fridge. Slps buttercream dh beku / sejuk, baru siramkan coklat ganache utk dpt hasil permukaan kek yg licin & rata.


Topping Buttercream
Ni topping buttercream sesuka hati aku olah...kalu ikut direction yg sebenar pd bekas krimwell, dia taruk smua krimwell (500gm) + gula icing (250gm) + air (50gm)....hasilnya dari segi rasa ok...cuma bila nak buat gambar spiderman, buttercream jd agak lembut sgt la plak...baru nk belajar....

Bahan-bahannya:
300gm Krimwell
100 gm shortening
100gm butter
250 gm gula ising (ayak)
pewarna - ikut suka

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan, putar sehingga kembang & gebu.

2. Ambil buttercream ikut kegunaan & letak pewarna.

Note :
1. Aku sapukan buttercream ni pada bahagian tgh & keliling permukaan kek sblm aku tuangkan coklat ganache.

2. Kat bawah ni video aku amik dr youtube utk rujukan...kes maleh nak google lg skali, aku taruk trus dlm blog aku nh....Ni ler asalnya aku belajar cara nak buat pic transfer atas kek masa aku buat kek besday Marissa 1 thn (pic baby minie).





Chocolate Ganache
Aku pun dah lupa amik dari mana....sbb byk sgt menggoogle....tapi yg aku salin dlm buku, sumber asal dari Kak Misliha.

Bahan-bahannya:
300 gm whipping cream
400gm Cooking chocolate - potong kecil2.
1 sudu besar butter
2 sudu besar madu / golden syrup

Cara-caranya:
1. Masak whipping cream sehingga berbuih.

2. Tuang ke dalam mangkuk yang berisi coklat.

3. Kacau sebati.

4. Masukkan butter & madu. Kacau sebati.

5. Bahagi kepada 2 bahagian. Bahagian 1, guna utk siram atas kek & bahagian 2, dicampur kedalam buttercream utk disapu pada kek.

* utk salut kek, siram coklat yang masih cair ke atas kek. Goyang-goyangkan sampai semua permukaan disaluti ganache & licin.

* utk buat bolder / deco, biarkan chocolate semalaman sebelum guna. Masukkan coklat dalam piping bag & deco ikut suka.


Disini aku kongsi lagi langkah demi langkah cara nak taruk chocolate ganache atas kek...ni hasil google aku dari blog ni - http://bzeecake.blogspot.com/2009/12/chocolate-indulgence.html

Note :
*Semua pic kat bawah ni aku C&P dari blog 'bzeecake' ye...blum pandai nk tunjuk skill aku...hehehe...cuma aku olah ayat sikit2 ikut kesesuaian kek yang aku buat.

1. Bakar kek chocolate dulu.




2. Kek dah siap bakar




3. Sejukkan dulu kek ni sebelum potong.




4. Buat chocolate ganache macam kat bawah ni...




5. Asingkan ganache ni kepada 2 bahagian. 1 bahagian guna untuk siram atas kek, satu lagi dicampur dalam buttercream.

6. Selepas dah siap krim (buttercream + ganache), mula melapis kek yang dah dipotong tadi. Untuk kek ni tak perlu tension-tension untuk buat bagi licin. Yang penting kemas sebab nanti kita akan siram dengan chocolate ganache yang kita dah asingkan tadi.











7. Sapukan & lapislah krim pada bahagian tengah2 kek sampai habis.




8. Lepas lapis bahagian tengah kek, sapukan krim kat permukaan atas & keliling kek pulak.
















9. Kek dah siap disapu krim.




10. Sejukan dulu kek dalam peti sejuk sekejap. Biar beku dulu sebelum disiram ngan chocolate ganache.




11. Kek dah sejuk, keluarkan dan siram kek dengan chocolate ganache macam ni. Utk dapatkan semua permukaan kek disaluti ganche, goyang-goyangkan redai sampai ganache salut kek rata & licin.














12. Bila dah siap, pindahkan kek atas papan kek. Hias ikut kreativiti masing2.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails