Sunday, November 7, 2010

Kek Coklat Moist


Sumber Asal : kak izan@myresipi.com
Aku CNP terus sebab aku tak buat sebarang olahan. Aku follow resepi ni. Aku potong kek kepada 2 bahagian, lepas tu aku sapu ngan blueberry filling kat tghnya sebelum aku tuang dgn topping coklat.

Bahan-bahan :

Bahan A:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 250 gm buttercup
  • 2 sudu kecil esen vanilla
Bahan B:
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair
Bahan Topping:
100gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar susu cair / air panas

- Cairkan semua cara double boiler hingga pekat & curah atas kek & hiaskan ikut kreativiti sendiri.

Cara-cara

  1. Sediakan Bahan B untuk dijadikan pes coklat. Caranya, masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan campuran Bahan B tadi dan digaul hingga rata-rata,
  3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
  4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.



Note :
1. Aku guna loyang bulat 9 inci.
2. Tekstur kek mcm gebu & halus. Tidak moist mcm kek coklat yg biasa aku buat.
3. Kek ni sedap dibiarkan semalaman. Tapi kena ada topping baru sedap...aku tambah blueberry filling kat tengah kek...sedappp...

3 comments:

nor_fadhilah93 said...

akak mcm mne yer kek coklat kukus ni x gelembung lpas kukus..nape kek akak rata jer? ad tips yg boleh dkgsi :))

KUKUMALU said...

akak kenapa gula halus ada 2 cawan then 1/2 cawan kat bahan2? berapa byk sebenarnya nk guna??

Yuslindhia Zamani aka Linda said...

nor_fadhilah93:
Akak x pernah cuba cara kukus..kek ni akak bakar...maaf x dpt akak nk citer mcmana....


KUKUMALU:
dah lama akak cuba resepi ni....1/2cwn utk buat pes coklat & 2cwn utk pukul bersama butter...maaf sbb akak terus copy & paste dari pemilik asal...jd skrg akak dh ubah supaya senang kwn2 faham....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails