Monday, December 20, 2010

SIAKAP SWEET SOUR & SIAKAP KUKUS LIMAU ALA THAI

Saja suka2 nak mencuba masak ikan siakap dengan cara yang berbeza...lg pun masak kukus anak2 tak makan, aku & ayang jer mkn...tingin nak masak sbb masa family dari kampung datang, kami mkn di 'restoren singgah selalu'...ada order siakap kukus limau ala thai...ikut tekak aku nih, mmg sedap sbb bahan2nya diblender halus & rasanya masam2 mcm tom yam skit...tp tak tahu plak bahan apa yg ditaruk...jd kuah & ikannya mmg terasa secukupnya...kebanyakan aku google, bahan2 hanya dipotong nipis / kasar & ditabur...ok kita layan resepi olahan aku nih ye....

SIAKAP KUKUS LIMAU ALA THAI

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap - bersihkan & gaul dengan garam.
3 tangkai cili padi - blender halus
3 ulas bawang putih - blender halus
1 batang serai - blender halus / mayang kasar / ketuk
2 inci halia - separuh blender halus & separuh lagi dimayang nipis
1 kuntum bunga kantan - 1/2 blender halus & 1/2 lagi potong kasar utk tabur
2 sudu besar sos ikan
2 biji asam boi
2 biji air perahan limau nipis
1 biji tomato - potong ikut suka utk tabur
Daun bawang, daun sup & daun ketumbar secukupnya - hiris utk tabur
Cili merah & hijau secukupnya - potong nipis utk tabur
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Ikan yang digaul garam tadi letak di dalam pinggan / bekas yang sesuai utk mengukus.

2. Campur semua bahan blender tadi dengan sos ikan dan curahkan ke atas ikan.

3. Taburkan halia, asam boi, bunga kantan & serai (jika x blender).

4. Kukus selama 20-25minit. Semasa mengukus agak2 selepas 15 minit, Perah limau nipis & curah2kan kuah ke atas ikan & sesuaikan rasa masinnya.

5. Setelah masak, taburkan cili merah hijau, daun sup, daun bawang & daun ketumbar. Sedap dimakan bersama2 nasi panas.


SIAKAP SWEET SOUR

Yang ini pula resepi paling simple & cepat...sblm ni aku guna cili kisar...tp kali ni semua guna sos...aku tak taruk tepung jagung sbb kuahnya dah pekat....

Bahan-bahannya:
1 ekor siakap - bersihkan & gaul bersama garam & kunyit.
1/4 biji nenas - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
1/4 biji timun - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
2 -3 ulas bawang putih - cincang halus
1 inci halia - mayang nipis
4-6 tangkai cili padi - potong nyerong / tumbuk kasar
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
garam & gula secukup rasa
air secukupnya
minyak secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Goreng ikan sehingga garing & ketepikan.

2. Dalam kuali lain, masukkan minyak secukupnya, tumis bawang putih, halia & bawang besar sehingga wangi.

3. Kemudian masukkan ketiga-tiga jenis sos & sedikit air. kacau2 sekejap & masukkan nenas & cili padi.

4. Apabila kuah agak pekat, masukkan tomato & timun.

5. Sesuaikan rasa masin, manis & masam. Bila dah masak, angkat & tuangkan ke atas ikan yang sudah siap digoreng tadi.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails