Wednesday, January 5, 2011

Kek Lapis Blueberry Cheese

Rupa kek yang dihias utk kek besday....


Ni plak rupa kek kat bahagian dalam setelah dipotong...

Sumber asal : http://rozzan.blogspot.com/2010/09/kek-lapis-blueberry-cheese.html

Bahan-bahannya:

450 gm mentega
250 gm cream cheese - Philadelphia ( jenama Kraft) or Tatura
1 sudu makan ovalette
170 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlick
250 gm blueberry filling
1 sudu teh esen blueberry (optional)
sedikit pewarna ungu

Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.

2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.

3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.

4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.

5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.

6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh blueberry pie filling, esen blueberry dan pewarna ungu.

7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7”, 8”x8” atau 9” x 9” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.

8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk lapisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.

9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan blueberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.

Nota:
1. Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 ungu atau 1 plain 1 ungu, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.

5 comments:

cucu nenek di liverpool said...

Salam kak, wah nampak exlusif betul kek ni. Kalau wat hantaran sesuai sangat ni kan. Good job kak!

Yuslindhia Zamani aka Linda said...

wsalam...kek lapis ni dh ramai org buat hntran...cuma akak ni jer tertinggal ketapi...hehehe...sbnrnya x pndai deco...mmg nk kena belajar nih...

Nuridah said...

Salam ziarah,

cantiknya kek ni...rasa terguder gitu...kemas lapisannya.

Am (Flora Heights) said...

suke nengok kek2 lapis linda, cntik2 & gebus2..! gerammmmmmmm...

Yuslindhia Zamani aka Linda said...

Nuridah > tq3...tp byk yg nk kena belajar lg...

Kak Am > nnt akak cuba buat satu...dh tgk hasilnya mmg puashati...hehehe....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails