Sunday, October 4, 2009

Lemang Teratak Dhia

Inilah hidangan yang selalu aku buat masa orang datang beraya kerumah TD..Nk buat ketupat daun palas, tp kt JB nih x tau lak nk cari daun palas kat ner...Jd aku buat lerrr lemang dengan cara balut ngan daun pisang, kemudian kukus...mudah & cepat. Nak lagi cepat beli kat kedai ler....kihkihkih..





Bahan-bahan:
  • 2kg pulut - bersih & toskan.
  • 4 biji kelapa - Perah dapatkan santan pekat (TD beli santan kat pasar jer..)
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang - secukupnya.
  • Plastik - secukupnya
  • Tali rapia - utk ikat kelongsong daun pisang.

Cara-caranya:
1. Sediakan kelongsong daun pisang. seperti didalam gambar. TD gunakan plastik gak, supaya daun pisang tidak mudah pecah. Diameter agak-agak jer. Ketepikan.

2.. Masukan pulut + santan + garam dalam periuk. Paras santan jgn melebihi pulut. Jika santan lebih kurangkan.

3. Kacau pulut di atas api yang kecil. Kacau sentiasa untuk elak pulut hangus. Bila air santan sudah kering, matikan api. Keadaan pulut, separuh masak (mentah).

4. Masukkan pulut kedalam kelongsong daun pisang yang siap di buat tadi. Isi & padatkan pulut sehingga penuh dan ikat hujung kelongsong. Buat sehingga habis.

5. Cucuk2 luar kelongsong pulut tadi. Guna lidi halus. Tujuannya, supaya pulut masak smpai kedalam semasa kukus.

6. Masukkan kedalam periuk kukus. Kukus sehingga masak. Masanya TD agak2 jer.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails