Friday, November 6, 2009

KEK LAPIS RAMBUTAN HI-FIBER


Plan asal nk buat 'Kek Biskut Kukus' yang aku google dr website mana entah...dh lupa...
Aku tambah bahan yang ader kat umah dah jadi resepi lain lak...'Kek Lapis Rambutan'. Bahannyer ikut suka hati jer masuk....padahal ni ler 1st time aku buat kek lapis cara kukus. Takut gak, kek x jadik...last2 jadik gak...sedap lak tu...

Jem rambutan sebalang mak bagi masa balik kampung raya puasa ari 2, x luak2...budak2 ni lak, x nak makan...bila sapu kat roti, katanyer x sedap ler ibu...
biskut lak...aku guna biskut jacobs hi-fiber...dh berkurun x makan...kihkih..awal2 beria2 makan...dah beli tin kedua semuanya x pandang...
bila dh campak2 dlm adunan...hasilnyer...budak2 ni makan x henyattt...si angah julia siap kata 'sedap ler ibu', padahal dia yg kata jem rambutan tu x sedap...hehehe...


Ini ler resepinyer yg aku dh ubah ikut suka aku....

Bahan-bahan:
  • 250gm Marjerin
  • 150gm Gula Halus
  • 150gm Jem Rambutan
  • 200gm Susu Pekat Manis
  • 6 biji telur
  • 24 keping Biskut Jacob's Hi-Fiber (kalu ditimbang berat agak2 220gm)
  • 1 sudu teh Esen Vanilla
  • 1 sudu teh Baking Powder
  • pewarna hijau & kuning

Cara-Caranya:
1. Kisar halus biskut jacobs & campurkan dengan baking powder & ketepikan.

2. Sementara itu panaskan periuk kukus. Griskan loyang bulat 8x3inci dgn shortening & alaskan dengan kertas serap minyak.

3. Pukul marjerin, gula & susu pekat sehingga gebu.

4. Masukkan esen vanila. Pukul sebati.

5. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.

6. Masukkan Serbuk biskut + baking powder & gaul sebati.

7. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Warnakan satu adunan hijau & 1 lagi adunan kuning.

8. Campurkan jem rambutan kedalam adunan kuning. Gaul sebati.

9. Ambil satu senduk adunan hijau, ratakan dalam loyang. Kukus selama 10minit sehingga masak.

10. Ratakan pula adunan kuning. Kukus semula hingga masak.

11. Lakukan proses yang sama sehingga adunan habis. (tapi aku buat 3 lapis kuning & 4 lapis hijau sebab loyang aku guna tingginyer 2inci. Jd lebihan adunan td aku buat lapis coklat chip...)

12. Selepas masukkan lapisan terakhir, kukus hingga masak. Agak2 dalam 30minit. Angkat & sejukkan.


Ni pula hasil lebihan adunan yg aku tokok tambah dengan coklat chip plak...macam2 aku buat...yang penting sedapppp....(",)

2 comments:

非凡 said...

I'm appreciate your writing skill.Please keep on working hard.^^

Olive Tree Guitar Ensemble said...

Hi, it's a great blog.
I could tell how much efforts you've taken on it.
Keep doing!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails