Resepi Roti Naik ni aku google dari beberapa blog...ada yang olah mengikut citarasa sendiri...ni lah blog2 yg aku jumpa ada resepi roti naik...Maisya, Mat Gebu, Penyulawa & byk lagi....dari hasil google, baru aku tahu, Roti Naik ni glamer di Johor...betul ler orang kata roti ni teksturnya macam kek...tgk gambo tu rotinyer gebu x hengat...dh macam kuih apom la plak..

Bahan-bahan:
- 400g Tepung Roti
- 100 Tepung Gandum (asal tepung Hongkong/superfine)
- 250ml air
- 50g susu pekat manis (asal susu tepung)
- 3/4 sudu teh bread improver (asal tak letak)
- 100g Gula Perang (asal 180g, tp dh letak susu pekat, kena kurang skit nnt kang manis plak)
- 100g margerin/mentega
- 11g Yis Mauri-pan
- 1 sudu teh esen vanilla
- sedikit pewarna kuning
Oleh kerana x der mesin pengadun, aku uli guna tangan jer...
Caranya:
1. Bancuh yis + susu pekat + air.
2. Satukan semua bahan kering + bancuhan yis tadi kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh.
3. Kemudian masukkan mentega sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang kenyal, agak-agak dah x melekat pada tangan (tapi adunan ni memang sedikit lembik). Biarkan 30minit / adunan naik.
4. Bahagi adunan kepada 8 bahagian yang sama besar (sebenarnya ikut saiz loyang, kalu besar loyang, bahagi lebih ler). Bulatkan doh dan susun dalam loyang yang telah disapu sedikit marjerin/mentega.
5. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biarkan selama 1jam/hingga naik.
6. Bakar pada suhu 190degC selama 20minit.
7. Selepas keluarkan dari oven (masih panas), sapukan pada permukaan roti dengan mentega. Supaya roti nampak berkilat & cantik.
No comments:
Post a Comment