Resepi asal : Hana's Family
BAHAN BROWNIES
Bahan A (Sebatikan) :
1 cawan susu cair
1 cawan Butter yang dicairkan
1 cawan Air Panas
2 cawan Gula Perang
Bahan B (Diadun sebati) :
2 biji Telur
1 sudu teh Esen Vanilla
Bahan C (diayak) :
2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Serbuk Koko
1 sudu teh Baking Powder
1 sudu teh Soda Bikarbonat
CARA-CARANYA:
1. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celsius selama 10minit.
2. Masukkan Bahan A yang disebatikan kedalam mangkuk yang besar.
3. Tuangkan pula Bahan B & kacau sebati.
4. Masukkan Bahan C sedikit demi sedikit sambil kacau hingga sebati.
5. Alaskan loyang (10x10) inci dengan kertas serap minyak & tuangkan adunan.
6. Bakar selama 40-50minit / sehingga brownies masak..
7. Sejukkan & hiaskan dengan krim brownies.
Creamy Brownies Frosting (Topping)
Bahan-bahannya:
3 sudu besar butter - lembutkan
50gm Serbuk Koko / coklat - apa2 jenis
1 sudu besar Honey
1/2 sudu kecil Esen Vanilla
1 sudu besar Coklat Emulco (aku x taruk...x der stok)
3 sudu besar Susu
Cara-caranya:
1. Pukul mentega, serbuk koko, emulco, honey & esen vanilla hingga sebati.
2. Masukkan susu. Pukul hingga sekata.
3. Sapukan atas brownies & taburkan walnut/ coklat rice/ badam / apa2 ikut suka.
4. Potong empat segi kecil & hidangkan....
resepi topping lain yang boleh dicuba.....
Chocolate Topping
Bahan-bahannya:
250gm Cooking Chocolate
1 sudu besar Butter
1 sudu teh susu cair (Fresh Milk)
Cara-caranya:
1. Cairkan cooking chocolate dengan kaedah double boil.
2. Kemudian masukkan butter & kacau sebati
3. Masukkan susu cair & kacau.
4. Sedia untuk digunakan....
Wednesday, December 23, 2009
MOIST BROWNIES
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment