Wednesday, January 6, 2010

SAUSAGE ROLL, CHEESE SAUSAGE ROLL & CHEESE BREAD

Roti lagi...!!!! sebenarnya kesian lak anak aku dok minta roti sausage. Julia yg slalu mcm ni, selagi x kasi kena ler pasang telinga. Dia dok ulang minta sampai ler kita dapt bagi or kasi alasan yang memuaskan hati dia. haiii...4 anak 4 ler ragam...Jadi trpaksa merajinkan diri. bkn pe, nk kuar g beli maleh bangat...sbb penat siang td g hospital pasal kes Mimie blum hilang lagi. Mujur ada bahan kat umah. Aku amik resepi dari Bro Rozzan (Basic bread recipe). TQ bro...murah ilmu.....Jadi aku dpt ler buat sausage roll biasa, sausage roll keju & roti keju sebab adunan tu banyak.


RESEPI ASAS ROTI

Bahan-bahannya:

Bahan A


  • 440 gm Tepung Roti
  • 60 gm Tepung Hong Kong (tpg gandum pun bleh)
  • 100 Gula
  • 1 sudu teh Garam Halus
  • 30 gm Susu Tepung (2 sudu besar)
  • 1 sudu teh Bread Improver
  • 1 paket (11gm) Yis Kering

Bahan B

  • 250ml Air
  • 1 biji Telur (pukul skit)

Bahan C

  • 80 gm Shortening / Lemak Sayuran

Bahan tambahan utk buat sausage roll & roti keju:

  • Sosej secukupnya (aku guna 7 ketul chicken sausage & 3 ketul cheese sausage)
  • 1 biji kuning telur + sedikit susu tepung
  • Sedikit bijan utk tabur
  • Keju parut secukupnya - keju mozarella utk tabur
  • Gula - untuk tabur

CARA-CARANYA:

  1. Campurkan semua bahan A & B dan uli sehingga jadi doh.
  2. Masukkan pula bahan C dan uli sehingga doh menjadi kenyal & licin. Biarkan doh selama 30-40 minit.
  3. Selepas itu, tumbuk2 doh & uli utk keluarkan angin. Ini amat penting utk menghasilkan tekstur roti yang lembut & tidak berongga besar.
  4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. 1 utk sausage roll & satu bahagian lagi utk roti keju (Agak je)

Cara membuat sausage roll:

  1. Ambil 1 bahagian, canaikan agak2 dapat 3cm lebar & 25cm panjang. Agak2 cukup utk 10 ketul sosej.
  2. Ambil satu potong, balut sekeliling sosej & letak diatas dulang yang sudah disapu shortening (mentega).
  3. Ulang balut sehingga sosej habis.
  4. Biarkan 1jam / sehingga naik. Sapukan kuning telur+ susu tepung & tabur sedikit bijan.
  5. Bakar pada suhu 160 darjah selcius selama 20 minit.

CHEESE SAUSAGE ROLL



SAUSAGE ROLL (gambar ni aku amik dr resepi lepas)

Cara membuat roti keju:

  1. Ambil baki bahagian adunan tadi. jadikan bebola kecil (agak2 dapat 12 ketul - bergantung pada loyang ye)
  2. Biarkan 1 jam / sehingga naik.
  3. Taburkan keju parut dan sedikit gula.
  4. Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama kira 15-20 minit.
  5. Bila 1/2 masak, keluarkan & taburkan lagi keju. Terus bakar hingga masak.
CHEESE BREAD

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails