Bahan Puff:
- 170gm Tepung Gandum
- 1 sudu kecil Baking Powder
- 115gm Mentega
- 285ml Air
- 5 biji Telur
Cara-Caranya:
- Panaskan Oven mcm biasa.
- Masukkan mentega + air dlm periuk & didihkan.
- Masukkan tepung. Kacau rata hingga adunan licin & tidak melekat pada periuk.
- Angkat periuk dari api & masukkan kedalam mangkuk pengadun & biarkan sejuk.
- Kemudian masukkan telur satu persatu kedalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin & berkilat.
- Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozle brbentuk bintang & tekan utk membuat bulatan kecil.
- Bakar selama kira2 25-30 minit / hingga masak (permukaan puff kecoklatan).
- Biarkan sejuk. Belah Jangan sampai trputus & isi dengan krim kastad.
Custart Cream:
- 2 sudu besar Tepung Gandum
- 2 sudu besar tepung Jagung
- 2 sudu teh Tepung kastad ( optional - Nk kasi krim kastad kekuningan)
- 8 sudu besar Gula
- 2 cawan / 500ml Fresh Milk (susu cair / santan pun boleh digunakan)
- 2 biji telur (Gred A)
- 1 sudu besar Mentega
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Masukkan bahan 1-4 dalam periuk kecil.
- Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil kacau supaya tepung tidak berketul.
- Masukkan telur & esen vanila. Kacau sebati. (Jika perlu tapis).
- Masak diatas api yang kecil, kacau sentiasa sehingga adunan pekat.
- Kemudian masukkan mentega & kacau rata.
- Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Nota TD:
Puff
- Jika nk menggunakan tepung naik sendiri (Self raising flour), abaikan baking powder.
Krim kastad:
- Jika nak guna kuning telur shj, gandakan kuantiti telur dari 2 biji kepada 4 biji.
- Mentega yg digunakan pada krim kastad adalah utk mengilatkan rupa kastad. Bahan ini boleh ditiadakan.
- Tepung kastad pula adalah untuk menjadikan kastad kekuningan...bahan ini juga boleh ditiadakan...
- Esen vanila digunakan untuk menghilangkan hanyir telur.
- Krim kastad ini juga boleh dijadikan inti untuk kuih pau, roti & sebagainya.
1 comment:
minta share ye..mcm sdap je..:)
Post a Comment