Friday, February 5, 2010

MARBLE CHEESE BROWNIES


Resepi asal: Rinchan>>Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan Brownies:
250 gm Butter
1 cwn serbuk Koko
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn gula halus
3 biji telur (gred B)
1 1/2 cwn tepung gandum *
1 st baking powder *
1 st soda bikarbonat * (* gaul rata & ayakkan)
1 st esen vanilla

Bahan Topping Cheese:
250gm crem cheese
1 cwn gula halus
1 biji telur (gred B)

Cara menyediakannya:
1. Sapukan loyang (10x10x2) inci dengan butter & alaskan kertas serap myk. Biarkan kertas myk dilebihkan sikit dari tebing loyang. Mudah utk keluarkan nnt.
2. Brownies (guna whisk tangan jer):
- Cairkan butter
- masukkan serbuk koko & kacau rata.
- Mangkuk lain, pukul gula + telur hingga sebati.
- Masukkan kedalam bancuhan koko tadi. Kacau rata.
- Masukkan susu cair, kacau rata.
- Masukkan tepung sikit demi sikit sambil kacau sehingga sebati.
- Masukkan esen vanilla.
- Asingkan 1 1/2 sudu besar, masukkan dlm piping bag utk dibuat corak marble atas topping cheese nnt.
- Tuang adunan dlm loyang & bakar 25-30 minit / hingga masak.
3. Utk Topping Cheese :
- Putar cream cheese & gula hingga sebati.
- Masukkan telur & putar hingga berkrim.
- Tuangkan atas brownies & ratakan.
- Ambil sedikit adunan brownies & piping atas topping cheese secara garisan lurus.
- Kemudian lorekkan dgn lidi supaya menjadi corak marble.
- Sambung bakar selama 15-20 minit lagi / hingga masak.
- Biarkan sejuk baru potong (simpan dlm fridge lagi bagus).

Note TD:
- Rasa kurang manis.
- Aku buat guna 125gm cheese jer....jd topping nyer nipis....lain kali kena wat tebal skit baru rasa cheesenya.

1 comment:

Love Till Jannah said...

cantik dan menarik.
boleh ajar tak cara nak lorekkan kek tu.. dh cuba google tapi tak de

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails