Tuesday, March 9, 2010

Kek Lapis Oreo


Mmg sedap rasa kek lapis oreo ni...tgk ler bhn2 yg digunakan, mmg mewah skit.....lebih moist bila dh simpan semlman dlm fridge...tp dugaan betui...hand mixer aku rosak arr...tgh putar mentega, tetiba terus stop...ha! sudah...gabra kejap... mixer cap ayam kan...hukhukhuuk...nk beli desire mixer x trcapai lg...budget mula2 ada, ttp tuhan yg tentukan...tetiba lak keta wat hal lak...sedeykan...ada hikmah setiap apa yg brlaku, insyaallah kalu ada rezki aku....tungguuuu....
Ni butter yg aku guna. Slalunya dok guna Golden Churn je...tukar butter len lak...

Resepi ni aku salin sejibik dr blog bro Rozzan...kes maleh nak otter....cuma aku tambah 1 sudu besar ovalette...sbb kena pukul telur guna manual (tgn)....adoihaiiii...lenguh tgn aku....nk kena pukul sampai kembang....jd method dh len skit dr bro punya....alhamdulillah..kek lapis ni jadi...tekstur lembut & moist...x bantat...berbaloi2 aku pukul telur tu....

Sumber Resepi : Bro Rozzan
Bahan-Bahan

10 biji telur (saiz besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu pekat manis
100 gm keju cheddar, diparut (optional)
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket)
100 gm biskut Marie (dikisar halus)
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanilli
1 sudu teh pes pandan (optional)
Biskut Oreo secukupnya (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah


Cara:

1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.

2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.

3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.

4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekadar utk meratakan adunan.

5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:

a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)

6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.

7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).

8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)

9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di bawah ni.



10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.


Nota:

1) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai.
2) Anda boleh tiadakan keju parut atau pes pandan jika anda tidak menggemarinya.
3) Anda boleh gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks jika anda tidak menggemari santan serbuk.
4) Kalu nak taruk setiap layer 16 kpg biskut oreo mcm bro buat, kena ler guna 3 paket oreo. 1 paket yg beratnya 137gm ada 14 kpg (bila dah buang krim dpt ler 28 kpg).
5) TD guna loyang (8.5x8.5) inci, jadi x dpt 15 layer mcm bro buat, cuma dpt 12 layer jer.
5) Serbuk vanili boleh diganti dgn esen vanila.

2 comments:

Unknown said...

salam..saya amat `terharu'. blog saudari amat lain, saudari jual kek n at d same time, x kedekut n takut untuk share resipi.

moga Allah murahkan rezeki saudari n makes u happy as much as u have made me happy browsing through your website. amin .

Yuslindhia Zamani aka Linda said...

wsalam...
kita share apa2 ilmu yg ada...insyaallah boleh dimanfaat oleh org lain...bg saya buat apa nak kedekut apa yg ada, itu smua dtg dariNYA....'rezki' ALLAH yg tentukan...amin utk doa awak...thank sudi singgah rumah yg tak seberapa nih ye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails