Monday, March 8, 2010

Kuih Lapis Dhia

Aku buat kuih lapis lagi utk minum petang. Kuih lapis kesukaan ank2 aku. Aku olah resepi ni ikut sesedap rasa aku jer....aku pun x tau nak taruk nama apa...last2 taruk jer 'kuih lapis dhia' sbb anak2 aku suka makan & kata 'cantik calor kuih tu ibu'...ngeh3...baguih gak 'dhia' maksudnya 'sinaran'...bersinar2 mata tgk kalor kuih ni...aku pun suka sbb tekstur kuih ni kenyal2 & lembut..ala2 kuih yg jual kat hotel tu...eemmmm cm kuih lapis nyonya pun ada gak...


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 1/4 cwn Tepung gandum
  • 1 1/4 cwn Tepung beras
  • 1/2 cwn Tepung ubi
  • 1 1/2 cwn Gula pasir
  • 1 sk garam halus
  • 6 cwn (1500ml) santan pekat (dr 1 biji kelapa)
  • Sedikit pewarna sirap ros, hijau & kuning
CARA MEMBUATNYA:
1. Campurkan santan, gula & garam. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan semua tepung. Kacau sebati & tapiskan.
3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Setiap warna ada 2 lapis & semuanya 8 lapis.
4. Cara melapis ikut suka:
> Lapis 1 - Asal (putih)
> Lapis 2 - kuning
> Lapis 3 - Merah
> Lapis 4 - Hijau
> Lapis 5 - Asal (Putih)
> Lapis 6 - Kuning
> Lapis 7 - Hijau
> Lapis 8 - Merah
5. Biarkan kuih sejuk, barulah dipotong & dihidangkan.

Note:
1. Aku guna loyang (8.5x8.5) inci
2. tekstur kuih ni kenyal skit berbanding kuih lapis yang aku buat sebelum ni...aku mmg suka.
3. Gula boleh dikurangkan skit kalu x nk manis.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails