Resepi sama ngan 'KUIH LAPIS SERIWARNA' aku lebihkan adunan coklat & guna acuan jelly. Masa buat jer renyah skit sebab acuan kecik2....tp time makan mudah...x yah nak potong...terus jer ngap....
BAHAN-BAHANNYA:
- 1 cwn (110gm) tepung gandum
- 1 cwn (110gm) tepung beras
- 1/4 cwn (30gm) tepung ubi
- 1 1/4 cwn (240gm) gula pasir
- 1 sk garam halus
- 5 cwn (1250ml) santan pekat (dr 1 biji kelapa)
- Sedikit pewarna sirap ros
- 3 sudu besar serbuk koko
CARA MEMBUATNYA:
1. Campurkan santan, gula & garam. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan semua tepung. Kacau sebati & tapiskan.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (anggaran nisbah 1:2 - agak2 jer pun bleh).
4. Bahagian pertama (bahagian yg sikit) dicampur dgn pewarna ros sirap & bahagian ke-2 dicampurkan dgn pes coklat (tapiskan slps dicampur).
5. Sapukan acuan dgn minyak dahulu sblm dituangkan adunan - tujuan utk elak ia melekat & memudahkan utk keluarkan kuih nnt.
6. Cara melapis:
> Lapis 1 - Coklat
> Lapis 2 - Merah
> Lapis 3 - Coklat
> Lapis 4 - Merah
7. Biarkan kuih sejuk, barulah dikeluarkan dari acuan & dihidangkan.
No comments:
Post a Comment