Friday, March 26, 2010

Donut


Resepi asal : HaSue@Myresipi
Aku guna acuan kecil jadi dapat dlm 58 biji. Tekstur kuih lembut & gebu.

Bahan-Bahannya:

500gm Tepung Gandum
1 paket Yis Mauripan
50gm Marjerin
1 sm Shortening
2 sm Gula Pasir
2 sm Susu Pekat / 2 sm Susu Tepung
1 biji Telur
1/2 st Garam
190ml~200ml Air Suam

Cara Membuatnya:

1. Dalam bekas agak besar (sesuai utk menguli nnt), tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin & shortening. Kacau sikit & biarkan selama 8-10 minit.

2. Setelah campuran berbuih, masukkan separuh tepung ke dalam campuran. Masukkan telur yang dipukul sedikit & juga garam. Kacau adunan sehingga sebati dgn menggunakan sudu.

3. Masukkan baki tepung tadi. Gaul dengan sudu sekejap. kemudian barulah uli dgn tgn sehingga sebati & adunan tidak melekat pada tangan.

4. Doh tidah perlu direhatkan, terus jer canaikan & terap dengan menggunakan acuan donut.

5. Panaskan minyak dengan api yg perlahan & goreng sehingga donut masak kekuningan.

6. Bila semua sudah siap digoreng, bolehlah salutkan donut dgn gula halus / gula kastor / hiaskan dgn coklat & ditaburkan dgn bhn2 hiasan. Itu semua trpulang pada selera masing2.


Note:
1. Utk elak adunan melekat ketika mencanai & juga elak donut melekat dlm dulang, tabur sedikit tepung.
2. Celup acuan donut dlm tepung dahulu sblm menerap supaya acuan tidak melekat pada adunan & memudahkan kita utk terap adunan.
3. Utk mghasilkan donut bulat & cantik, jgn terus diangkat donut slps diterap. biarkan sekejap.
4. Jgn masukan donut ke dalam kuali dgn kuantiti yg byk sebab semasa mggoreng nnt, donut akan mengembang dari saiz asal.
5. Guna api perlahan supaya donut masak rata & tidak cepat garing.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails