Sunday, March 21, 2010

Nasi Lemak & Sambal Sotong Kering


Nasi Lemak
Bahan-bahannya:
2 1/2 cawan Beras
1 biji kelapa parut - perah & dapatkan 5 cawan santan pekat
2 helai daun pandan - simpulkan
1 ulas bawang merah - potong kasar
1 ulas bawang putih - potong kasar
2cm halia - potong kasar
Garam secukup rasa

Cara Menyediakannya:
1. Bersihkan beras & toskan.
2. Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
3. Masukkan daun pandan, bawang merah, bwg putih & halia.
4. Kemudian masukkan santan & garam secukupnya. kacau rata.
5. Bolehlah masak macam nasi biasa. Bila dh masak gemburkan nasi.


Sambal Sotong Kering

Bahan-Bahannya:
4 keping sotong kering sederhana besar - kena rendam semalaman, sila rujuk cara dibawah.
20-25 biji cili kering * - kalu x nk pedas kurangkan & sebaliknya
Belacan sebesar 50sen* - aku mmg slalu guna belacan dr kg. Sedap & baunyer pun mantop.
2 labu bawang merah*
segengam ikan bilis * (* kisar - ikan bilis masukkan kemudian jd kisarnya jd kasar skit)
Sedikit air asam jawa / 2-3 keping asam gelugur
1 labu bawang besar - potong bulat
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Air sucukupnya
Minyak secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Rendam sotong kering dgn soda bikarbonat 1-2 jam. Keluarkan & bilas. Kemudian rendam dgn air biasa semalaman. Potong kecil, bersihkan & rebuskan sehingga ia lembut. Sedia utk dimasak sambal.

2. Panaskan minyak & tuangkan semua bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan sotong, gula & air asam jawa. Kalau kuahnya kering, tambahkan air.

4. Bila kuah dh menggelegak, suaikan rasa masinnya.

6. Masukkan bawang besar & kacau rata. Bila kuah dah pekat bolehlah diangkat & dihidangkan.

Note:
1. Bahan lain seperti telur rebus, telur goreng, timun, ikan bilis goreng & kacang goreng disediakan terpulang kepada anda.

2. Ikan bilis yg dikisar dlm cili adalah bertujuan memekatkan kuah...mmg sedap..ada org guna kacang kisar...tp hubby x berapa suka.

1 comment:

QasehnyaRania said...

salam kenal kak linda:D
follower baru blog teratak dhia :D

saya selalu masak nasi lemak kisar ikan bilis tu.ikut resepi mak..
mmg sedap..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails