Saturday, April 10, 2010
Kek Lapis Oreo
Kek Lapis oreo lagi...family aku mmg suka...tapi kali ni aku saja olah skit resepi ikut brg yg ada kat dapur...aku guna 1/2 butter & 1/2 marjerin...konon2 nk ikut style mcm dlm buku 'Variasi Kek Lapis' hasil Noraini Zakaria....cara adun aku ikut cara buku gak...saja nk tgk hasil & bezanya....aku guna biskut marie jenis lain plak...dh lupa lak jenama apa....nnt aku tgk kat kedai kalu jumpa....bila guna biskut marie nih mcm x best lak...bau biskut ni kuat sgt...hasilnya ok....cuma kesilapan pembahagian adunan....jd lapis yg plain x cukup...kena la susun gak biskut oreo kat lapisan merah ( lapis terakhir) supaya nmpak cntik....apa pun bila banding dr segi rasa, yg aku buat masa lepas lebih sedap...
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A:
12 biji telur (gred A)
200 gm gula halus
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh ovalette
Bahan B:
250 gm mentega SCS
250 gm marjerin
300 gm susu pekat manis
Bahan C:
100 gm horlicks
100 gm biskut Marie (dikisar halus)
Biskut Oreo secukupnya (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah
Cara:
1) Pukul bahan A hingga kembang & gebu.
2) Dalam bekas lain, pukul bahan B hingga gebu.
3) Campurkan adunan B ke dalam adunan A. Gaul sehingga sebati & rata.
4) Kemudian masukkan serbuk biskut Marie & horlicks kacau sehingga semuanya sebati & rata.
5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:
a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)
6) Sediakan loyang persegi empat yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.
7) Ambil 5 sudu makan adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).
8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 5 sudu makan adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)
9) Selepas itu, ambil 5 sudu makan adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di bawah ni.
10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.
Nota:
1) Aku guna loyang (8.5x8.5) inci
2) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai.
3) Kalu resipi asal guna 50gm horlick & 50 gm serbuk santan....tp aku gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks.
4) Setiap layer taruk 16 kpg biskut oreo, total utk semua 5 layer guna 80 kpg jer...jadi kena ler guna 3 paket biskut oreo. 1 paket yg beratnya 137gm ada 14 kpg (bila dah buang krim dpt ler 28 kpg).
Labels:
Kek Lapis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment