Monday, May 17, 2010

Kek Lapis Strawberry Chocolate Rice

Dok belek2 buku Rabiah Amit tertarik nk cuba salah satu resepi beliau ' kek lapis Strawberry Coklat Rice'...tp cara membuat didlm buku tu mengconfiuskan aku lak...silap taip kot...last2 aku guna method yg biasa aku buat...hasilnya x lah secantik mcm empunya resepi buat...rasanya sedap...bagus budak2 nh makan sbb bhn2 yg digunakan mewah skit, byk guna susu tepung & horlicks...

Resepi ni aku dh tokok tambah bahannya...jd x sama ngan resepi asal....tp x ler melebih2 lak...takut x jadi langsung lak...(",)

Bahan-bahannya:
Bahan A:
10 biji telur
180gm gula kastor
200gm tepung Hong Kong
150gm Susu tepung Fernleaf
150gm Horlicks
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovallate
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B:
16 auns mentega
3 sudu besar susu pekat

Bahan C:
150gm jem strawberry (optional)
Coklat rice secukupnya (anggaran 200gm)
pewarna merah jambu

Cara membuatnya:
1. Pukul telur, gula, ovallate, vanilla, baking powder & tepung HK hingga gebu, putih & berkrim.

2. Kemudian masukkan susu tepung & horlicks. Putar hingga sebati.

3. Di dalam bekas lain, pukul mentega & susu pekat hingga gebu & berkrim.

4. Campurkan mentega ke dalam bekas adunan telur. Gaul dgn spatula sehingga semuanya sebati.

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- 1 bahagian campurkan jem strawberry & diwarnakan pink .
- 1 bahagian dibiarkan warna asal.

6. Lapis 3 lapis warna asal.

7. Seterusnya lapiskan 3 lapis warna pink. Taburkan coklat rice selepas melapis setiap lapisan pink.

8. Ulang langkah 6 & 7 hingga habis adunan.


NOTE:
1. Guna loyang (9x9) inci. Lps bakar, berat kek melebihi 2kg

2. Setiap lapisan taruk 7 sudu makan (anggaran = 1 cwn). ni bergantung pada saiz sudu yg digunakan...

3. Bakar lapisan pertama guna api atas-bawah. Setiap lapisan seterusnya, bakar dengan menggunakan api atas sahaja (grill) selama 5-7minit pada suhu 230deg celsius...suhu bergantung pd oven masing2.

4. Slps membakar lapisan terakhir, keluarkan loyang & tutup dgn kertas aluminium foil & bakar semula selama 15 minit lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails