Thursday, December 23, 2010

Jenis - Jenis Tepung Dan Kegunaannya

Setelah melibatkan diri dengan dunia bakery & masakan, baru la aku tahu banyak jenis tepung yang ada. Sebab ada pelbagai jenis tepung yang ada dipasaran. Setiap jenis mempunya fungsi yang berbeza & digunakan mengikut kesesuaian resepi2 tertentu. Kita perlu mengenali & memahami jenis2 tepung supaya kita dapat menggunakannya dengan betul & hasilnya memuaskan. Jadi jgn pula kita salahkan resepi bila hasil kurang memuaskan, tapi sebenarnya kesilapan kita menggunakan tepung yg betul.

Tepung Gandum / Tepung Serbaguna (plain flour)
- Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan kedai2 runcit biasa. Harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci dan cap sauh. Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.
- Jika ingin membuat kek atau pau, tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali.
- Kegunaan : Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.

Tepung Protin Tinggi (High Protein Flour)
- Di kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik) pada roti apabila di uli.
- Akan lebih sempurna setelah diadun dengan yis.
- Kegunaan : Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut

Tepung Protin Rendah (Low Protein Flour)
- Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine.
- Tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
- Kegunaan : Produk-produk pastri seperti kek (cth: kek chiffon & kek span), kulit tart dan pai.

Tepung Red Rose (Cookies Flour)
- Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies & tepung top.
- Kandungan tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup.
- Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut.
- Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
- Kegunaan : Produk-produk pastri dan biskut

Tepung Hongkong (Waterlily Flour)
- Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut.
- Ada sesetengah kedai membekal bahan2 bakery tidak menjual tepung ini sebab ia mudah rosak ( berkutu / berkulat).
- Kegunaan : Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih

Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)
- Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah di campur dengan serbuk penaik dan soda bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik.
- Kegunaan : Produk-produk pastri dan kek

Tepung Optima
- Adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya & sesuai dibuat kek keju.
- Tepung ini juga tepung yang siap sedia digunakan utk membuat kek sponge. Apa yang perlu kita buat, hanya masukkan telur, mentega cair & tepung optima. Pukul semua bahan sehingga menjadi adunan yang pekat & likat. Kemudian sedia dibakar.
- Kek marble yang menggunakan tpg optima lebih halus & gebu hasilnya.

Tepung Hoen Kwee
- Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding.
- Boleh di dapati dalam paket-peket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
- Kegunaan : Kuih-muih dan puding.

Tepung Gandum Tulen (Wholemeal)
- mengandungi serat yang tidak hancur.
- Tidak boleh diayak.
- Digunakan untuk membuat roti.

Tepung Kastad
- selain mewangikan ia juga akan membuatkan tekstur kek lebih rapat.
- sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

Tepung Jagung
- fungsinya untuk memekatkan.
- sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

Tepung Krimer
- Adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering di bubuh dalam minuman seperti nescafe & teh.
- Boleh dibeli dalam pack atau botol sebagai non-dairy creamer
- sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

Tepung Susu
- Adalah susu tepung yang kita gunakan utk membuat minuman.
- Ada jenis full cream & instant. Dicampur dlm penyediaan pastry utk menyedapkan lagi hasilnya.

Tepung Ubi (tepung kanji)
- adalah dihasilkan dari ubi kayu.
- Ia meliatkan adunan.
- Ada sesetengah tempat menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour)

Lain-lain Jenis Tepung
Antaranya ialah Tepung Pulut, Tepung Beras, Tepung Kentang, Tepung Sago, Tepung Dhal & byk lg. Kesemua jenis tepung ini biasanya di gunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

1 comment:

indahhiasan said...

assalamualaikum...
mohon share resepi....selamat berkunjung ke blog sy yg tak seberapa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails