Tuesday, December 15, 2009

KEK LAPIS AISKRIM SODA

Cam biasa aku mesti olah resepi asal...ikut bahan-bahan yang ada kat dapur TD & loyang aku guna (8.5x8.5x3)inci. Jadi nak dapat lapis tu tebal skit...aku refer resepi Kek Lapis Horlicks k.Dee & campur resepi Bro rozzan...jadi ler resepi teratakdhia....hehehehe...jgn marah ye K.Dee & Bro...Alhamdulillah hasilnya x menghampakan aku...anak-anak aku pun suka...calourful anak aku cakap...simpan dalam freezer...kuarkan makan, lagi sedap...moist..Kali ni, kek lapis aku buat kurang lekang mcm aku buat kek lapis tembikai yang lepas...belajar dari kesilapan...




Resepi asal : Bro Rozzan & K.Dee
Bahan-bahannya:
10 biji Telur (saiz besar)
480gm Mentega (16oz)
200gm Gula Halus
240gm Tepung Hong Kong (Tepung gandum pun boleh)
200gm Horlicks
360gm Susu Pekat Manis (oleh kerana jem dah manis, aku kurangkan sukatan susu)
1 sudu teh Ovalette
2 sudu teh Esen Aiskrim Soda
1 1/2 sudu teh Pewarna Biru
100gm Jem Strawberry
1 1/2 sudu teh Pewarna Merah

Cara-caranya:
1. Pukul mentega, ovalette & gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga sebati.
3. Masukkan susu pekat manis & horlicks. Pukul rata.
4. Masukkan tepung HK & adun sebati. Guna kaedah 'fold-in method'. Tak perlu guna mixer.
5. Bahagi kepada 3 bahagian :
- 1 bahagian diletak esen aiskrim soda & pewarna biru
- 1 bahagian diletak jem strawberry & pewarna merah
- 1 bahagian dibiarkan warna asal.
6. Bakar lapisan asal dahulu. Diikuti warna biru & merah. Ulang melapis & bakar sehingga habis.
7. Bakar guna api atas sahaja ( kaedah grill) pada suhu 190 darjah celsius selama 5-7minit utk setiap lapisan. Yang akhir sekali bakar guna api atas bawah selama 20-25minit.

Note TD:
1. Suhu & masa adalah ikut oven TD.
2. Loyang (8.5x8.5x3)inci - 1 lapisan / 6 sudu makan. ( sudu makan kat umah TD ye...hehehe)
3. Bila dh tgk hasilnya...adunan ni mcm lebih sesuai pada loyang (9x9x3)inci...cuba perati kek lapis aku...3 lapisan akhir tebal skit...sbb taruk 7-8 sudu makan...


Ni lak resepi asal dari Bro Rozzan....dia guna loyang (7x7) inci...aku CNP terus dlm ni utk memudahkan aku nk rujuk...jadi x yah la aku nk selongkar dapur Bro len kali ye...

KEK LAPIS AISKRIM SODA

Bahan:
300 gm mentega
120 gm gula halus
½ sudu teh ovalette
6 biji telur (saiz besar)
250 g susu pekat manis (boleh dikurangkan kpd 220 gm)
100 g Horlicks
1½ sudu teh esen aiskrim soda
1 sudu teh pewarna biru
50 gm jem raspberry (lebih baik jenis yg sugar-free atau reduced sugar)
1 sudu teh esen raspberry (optional, boleh ditiadakan)
1 sudu teh pewarna merah jambu
160 gm tepung HongKong (atau tepung biasa)
loyang berukuran 7” x 7” (dialas dgn kertas pada dasarnya dan digris sekeliling loyang)


Cara :

1) Pukul mentega, ovallette dan gula dengan high speed sehingga kembang (kira-kira 7-8 minit).


2) Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati. (kira-kira 4-5 minit)

3) Perlahankan speed (sederhana) lalu masukkan susu manis dan Horlicks. Pukul lagi hingga rata. (kira-kira 2-3 minit)

4) Perlahankan lagi speed (slow, sekedar nak ratakan tepung) dan masukkan tepung HK dan biarkan adunan sebati. Jangan terlalu lama, kira-kira 1-2 minit jer. Ataupun anda boleh gunakan kaedah “fold-in method” bila nak masukkan tepung ke dalam adunan telur/mentega tadi. Tak payah gunakan mixer.

5) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
i) 1 bahagian dibubuh esen aiskrim soda dan pewarna biru.
ii) 1 bahagian lagi dibubuh jem raspberry & pewarna merah jambu.
iii) 1 bahagian dibiarkan plain- warna asal.

6) Panaskan ketuhar dgn suhu kira-kira 180-190 darjah Celsius, api atas & bawah. Bubuh 2 senduk adunan warna asal ke dalam loyang kek lalu ratakan. Bakarlah lapisan pertama ni sehingga masak (kira-kira 6-7 minit). Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan tekan sket dgn penekan kek lapis agar rata.

7) Kemudian, tukar suhu ketuhar kpd 200-210 Celsius (api grill/atas jer). Bubuh pula 2 senduk adunan warna biru dan bakarlah sehingga masak (6-7 minit) dan seterusnya warna merah jambu pula. Bakarlah berselang-seli warna asal, biru dan merah jambu sehingga selesai semua adunan.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails