Tuesday, December 29, 2009

KEK LAPIS BLUEBERRY CHEESE

Rasa keinginan nak makan kek lapis menggunakan cheese & blueberry tercapai gak...hasil google dari myresipi (zhiela 85) dan rujukan dari buku Noraini Zakaria, kemudian aku olah ikut suka hati aku (ooppsssttt....ikut bahan2 & alatan yg ada kt dalam teratakdhia ye...), terhasillah KEK LAPIS BLUEBERRY CHEESE versi teratakdhia..hehehehe...alhamdulillah rasa sedap...blueberry filling lak aku taruk yg ada buahnya, x hancur semua...aku lebih suka cmni sbb terasa blueberry tu....tp kalu makan byk sgt terasa muak lak...tp banyak benda yang nk kena improve...




Ini resipi aku olah...dibakar guna acuan (8.5x8.5)inci, pada suhu 190 darjah celsius, setiap lapis dibakar selama 5-8minit.

BAHAN-BAHANNYA :
Bahan A:
  • 10biji Telur (Gred A)
  • 200gm gula Halus
  • 1 sudu besar Ovalatte

Bahan B:

  • 200gm Tepung Hong Kong
  • 50gm Air Ais (Air Sejuk)

Bahan C:

  • 125gm Krim Keju
  • 250gm Mentega
  • 5 Sudu Makan Susu Pekat Manis
Bahan D:
  • 5 Sudu besar Blueberry Filling (ada blueberry, x hancur )
  • Keju Mozarella parut - utk tabur
  • Pewarna ungu

Bahan sapuan disapu pada setiap permukaan lapisan selepas dibakar:

3 sudu makan marjerin + 2 sudu makan susu pekat manis


CARA-CARANYA:

  1. Satukan bahan A. Pukul sehingga kembang & berkrim.
  2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga adunan rata. Ketepikan dulu.
  3. Di dalam bekas lain, pukul bahan C hingga kembang & putih.
  4. Satukan adunan C kedalam adunan A+B & gaul sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian diwarnakan ungu + blueberry filling & 1 bahagian lagi dibiarkan warna asal (plan asal nak taruk warna kuning lemon...tp aku x dak stok lak)
  6. Lapiskan lapisan pertama dengan adunan asal. Kemudian taburkan keju parut. Bakar menggunakan api atas bawah.
  7. Tekan permukaan kek dengan alat penekan supaya rata. kemudian sapukan permukaan dengan bahan sapuan.
  8. Kemudian lapisan kedua dilapiskan pula adunan ungu. Bakar api atas shj sehingga masak.
  9. Ulang melapis & membakar lapisan asal & ungu berselang seli sehingga habis adunan dibakar. Jangan lupa....Setiap lapisan asal ditabur dengan keju parut.
  10. Bagi lapisan terakhir, terus bakar menggunakan api atas bawah lebih kurang 10-15minit.

2 comments:

suharti said...

linda, klu tepung hong kong tu ganti ngan tepung gandum atau tepung kek boleh tak? aku suka makan kek lapis, nak cuba buat tp kat sini x ada tepung hong kong la..

Yuslindhia Zamani aka Linda said...

Salam suharti....kalu x der tpg hong kong, tpg Jerman pun bleh gak..ahakksss..joke jer...
Ni aku jawab ikut apa yg aku paham ye...aku pun baru nk belajar..
Tepung gandum (medium protein flour) / tepung serbaguna pun boleh...tp tekstur kek yg trhasil agak kasar....Sebenarnya kalu buat kek lapis lebih baik guna tpg protein rendah (low protein flour)..jadi kek yg thasil lebih halus & ringan. Jenis tepung protein rendah seperti tpg HK, tepung Top & lain lain. Tpg HK lebih bagus utk kek lapis...
Tepung naik sendiri adalah tepung serbaguna yg tlh dicampur dengan serbuk penaik. Harap2 penerangan yg x seberapa ni dpt mmbantu...Selamat mencuba...(",)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails