Resepi asal : myresipi.com (AlongRoz)
Bahan-bahannya:
- 250gm cream cheese
- 250gm Mentega
- 180gm Gula Halus
- 6 biji Telur
- 180gm Tepung Gandum
- 1 sudu teh Baking Powder
- 1 bungkus Biskut Cheese Crackers
- Pewarna kuning
- Coklat Emulco
Cara-caranya:
1. Pukul mentega, cream cheese & gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu & pukul lagi sehingga sebati.
2. Ayak tepung + baking powder. Masukkan ke dlm adunan tadi sedikit2 sambil di gaul sehingga sebati.
3. Bahagi adunan kpd 2 bahagian & warnakan satu bahagian dgn kuning & satu lagi dgn coklat emulco.
4. Lapik tin dgn kertas & di lengser dgn minyak/mentega. Ratakan 2 senduk bhn kuning & susun biskut di atas nya. Kukus 10 minit.
5. Lapiskan dgn lapisan coklat & kukus 10 minit. Ulang proses ini sehingga habis. Akhir sekali kukus selama lebih kurang 30-60 minit utk pastikan kek benar2 masak.
6. Ingat, susun biskut hanya atas lapisan kuning sahaja.
Contoh biskut cheese crackers yang digunakan:
No comments:
Post a Comment