Wednesday, December 2, 2009

ROTI CANAI

Ni 2nd time aku buat roti canai, masa 1st time cuba, aku amik resepi dari majalah saji...roti canai aku keras...aku ikut resepi tu, campurkan semua bahan-bahan baru uli...ntah kat mana silapnyer...padahal aku ikut betul2 sukatannya..kali ni hasil google aku, aku amik dari resepi mamafami. Aku campurkan semua bahan, tapi shortening aku masukkan kemudian....hasilnya memang sedap & lembut...



Bahan-bahannya:
  • 500gm Tepung Gandum
  • 300ml air sejuk
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar Shortening / marjerin

Cara-caranya:
1. Campurkan air & garam, kacau garam sehingga hancur.

2. Campurkan tepung, telur, susu pekat. Masukkan air garam, uli sehingga doh menjadi kenyal & elastik.

3. Uli doh sambil masukan shortening sedikit demi sedikit sehingga habis.

4. Bahagi doh kepada doh kecil. Dapat dalam 10 biji.

5. Salut doh kecil dengan marjerin & perap selama sekurang-kurangnya 2 jam. Jika simpan semalaman dalam fridge lagi bagus.

6. Ambil doh kecil, tebarkan menjadi nipis (nipis cam kertas). Gunakan sedikit minyak semasa tebar supaya tak mudah koyak. Aku tebar atas talam jer.. Gulung menjadi sanggul seperti gambar diatas atau lipat jadi 4 segi pun boleh. Terpulang....

7. Selepas goreng, ketika masih panas, tepuk2 menggunakan kedua-dua tapak tangan.

** ingat nak amik gambar step by step tapi x leh ler...tgn aku berminyak...x der org nak tolon snap...kalu nk tgk step by step boleh rujuk http://-maisya-.blogspot.com/2008/09/roti-canai.html

PETUA NAK BUAT ROTI CANAI:
> Untuk menjadikan roti canai LIAT - taruh minyak
> Untuk menjadikan roti canai CRISPY - taruh gula or tambah susu pekat manis
> Untuk menjadikan roti canai lembut - uli dgn air sejuk (air amik dari peti ais ye..)

Ni aku tengok cara mak & mertua aku buat...depa cuma guna air garam jer untuk menguli. Tapi lembut & sedap..nyam..nyamm..air tangan mak kot...hehehe..
Lepas uli lembut, bahagikan doh kepada ketul kecik2 & sapu jer marjerin or minyak supaya x melekat. Lepas 2 perap semalaman...esok pagi baru tebar & goreng...sodap beb...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails