Namanyer buat gimik jer...mcm Cik Hana ckp 'mesti org ingat kek lapis sarawak'....kan! kan! kan!...padahal aku sebenarnya nk wat kek gulung cm Bro Rozzan...loyang kecik lak...tp teringin nk cuba....last2 jumpa resepi sama dlm dapur Cik Hana....aku pun tiru ler cara Cik Hana wat...jgn mara ye 'i follow'....apa pun cara nk buat mmg senang...rasanya pun sedap.....tekstur keknya gebu & lembut.....aku cuma buat separuh dari resepi asal.....campak2 jer semua bahan (kecuali butter cair) pukul kejap...masuk butter cair, bakar...dh siap...senangkan...kan!kan!...lepaih tu olah ler filling dia ikut suka ati & selera...yg penting sedapppp.....nyum...nyum...kalu maleh wat ler cm haku...potong dua, taruk filling, lepaih tu lapiskan. Agak2 rajin, gulung cantik2...kalu nk tgk cara gulung & resepi asal bleh ler lawat blog Bro Rozzan. Apa pun tqvm pada Bro Rozzan & Cik Hana.
Bahan-bahannya:
6 biji Telur (GredA)
4 oz Gula Halus
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovallate
3 oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4 oz mentega (dicairkan)
sedikit coklat emulco
Nutella filling secukupnya
Caranya:
1. Telur, gula, ovalet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tpg dipukul dgn kelajuan tinggi sehingga pekat dan gebu (5-7minit).
2. Kemudian, masukkan mentega cair, lalu digaul/kacau hingga rata. Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 cwn) ke dalam bekas lain dan bubuh sedikit coklat emulco. Kacau rata dan masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.
3. Tuangkan adunan plain tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya. Seterusnya, picitkan adunan coklat secara memanjang/selari pada permukaan adunan plain tadi. Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari hujung ke hujung. Bakar dalam oven selama kira-kira 20minit dgn suhu 170 darjah celcius.
4. Apabila kek dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar di atas redai kek. Selepas itu, keluarkan kek dari loyang dan terbalikkan ke atas sehelai kertas dan sapukan jem / Nutella sehingga rata. Setelah itu, gulung kek perlahan2 sehingga kemas. Boleh di balut dgn kertas tracing/kek atau cling wrap.
NOTE:
1. Utk melapis - potong kek kpd dua bahagian sama saiz, kemudian sapukan Nutella pada 1 bahagian. Ambil bahagian kedua & letakkan kemas2 diatas bahagian pertama. Potong ikut suka & hidangkan.
2. Loyang - menurut Bro Rozzan, resepi asal guna saiz (14x14) inci. Bro guna (10x10) inci dpt ler 2 roll. Haku lak dek kerana x der loyang besar, haku guna ler loyang saiz (9x9) inci. (ala kalu ada saiz besar pun x guna gak....nk tau nape???...hehehehe....sbbnya oven aku kecik.....bila masukkan loyang aku tu, ngam2 jer lebarnya...adusss...bila ler dpt beli nh...
No comments:
Post a Comment