Rujukan dari : SAJI Mei 2006
APAKAH ITU SCONE?
Bangsa Scotland menamakannya roti segera. Scone diambil namanya sempena nama, Stone of Destiny ataupun Scone. Disitulah raja Scotland ditabalkan. Pada asalnya scone dibuat dalam bentuk segitiga & diperbuat daripada oat. Sekarang ini bentuknya dipelbagaikan dan menggunakan perasa & ramuan yang lebih variasi. Sekarang scone bukan saja popular dikalangan orng Scotland malah dikalangan masyarakat Amerika, Eropah & Inggeris. Biasanya ia menggunakan ramuan seperti tepung, gula mentega, susu, soda bikarbonat, telur & krim. Semuanya digaul menjadi doh & dicanai setebal 3 cm sebelum diterap dengan acuan.
Bangsa Scotland menamakannya roti segera. Scone diambil namanya sempena nama, Stone of Destiny ataupun Scone. Disitulah raja Scotland ditabalkan. Pada asalnya scone dibuat dalam bentuk segitiga & diperbuat daripada oat. Sekarang ini bentuknya dipelbagaikan dan menggunakan perasa & ramuan yang lebih variasi. Sekarang scone bukan saja popular dikalangan orng Scotland malah dikalangan masyarakat Amerika, Eropah & Inggeris. Biasanya ia menggunakan ramuan seperti tepung, gula mentega, susu, soda bikarbonat, telur & krim. Semuanya digaul menjadi doh & dicanai setebal 3 cm sebelum diterap dengan acuan.
Resepi dari Majalah SAJI
SCONE CIP COKLAT
Bahan-bahannya:
280gm tepung serba guna
50gm gula kastor
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
113 gm mentega (unsalted) * potong dadu & sejukkan
1 sudu kecil esen vanilla
160ml buttermilk (rujuk note dibwh)
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
50gm coklat cip
Note:
* Cara mghasilkan Buttermilk - Ambil 160ml susu segar & perahkan dgn setengah biji lemon. Kacau & ia akan kental seperti dadih.
Cara menyediakannya:
1. Panaskan dahulu oven pada suhu 200darjah celsius.
2. Satukan tepung, gula, serbuk penaik, soda bikarbonat & garam. Gaul rata.
3. Masukkan mentega, ramaskan mentega dgn campuran tadi sehingga ia berderai seperti serbuk roti.
4. Masukkan coklat cip & gaul rata lagi.
5. Tuangkan buttermilk & esen vanilla. Gaul sehingga ia menjadi doh.
6. Setelah itu taburkantepung di atas papan canai. Uli doh sebanyak lima kali (canai & lipat, ulang smpai 5 kali). Canaikan doh setebal 3.5cm. Potong scone dgn pisau / terap dgn acuan. Tapi ingat scone hendaklah besar acuannya & ia tidak boleh menggunakan acuan sebesar biskut raya.
7. Setelah itu susun di atas dulang yang berlapik kertas surih.
8. Pukulkan telur dgn susu. Sapukan di atas permukaan scone.
9. Bakar sehingga 25 minit.
SCONE LABU
Bahan-bahannya:
280gm tepung gandum
72gm gula kastor
1/2 sudu kecil air halia parut
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
113gm mentega (unsalted) * potong dadu & sejukkan
50gm coklat putih
30gm kacang pecan/walnut/badam
125gm labu kuning (lihat note dibwh)
1 sudu kecil esen vanilla
80ml buttermilk
Note:
* Labu kuning dikukus & dilecek.
Cara menyediakannya:
Sama saja seperti scone sblm ini. Stlh campuran tepung digaul menjadi seperti serbuk roti, tuangkan buttermilk & labu lecek tadi. Proses menguli sama saja. Coklat putih perlu potong kecil. Begitu juga dgn pilihan kekacang. Cukup satu jenis saja. Tidak perlu dimasukkan tiga jenis kacang.
SCONE COFFEHOUSE
Bahan-bahannya:
280gm tepung serba guna
50gm gula kastor
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
113gm mentega (unsalted) * potong dadu & sejukkan
50gm ceri / cranberi (kering)
160ml buttermilk
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
Cara menyediakannya:
Langkah sama saja dgn scone cip coklat. Cranberi & ceri kering boleh juga digantikan dgn kismis ataupun kurma yg dihiris halus.
SCONE COKLAT
Bahan-bahannya:
120ml Whipping cream
1 biji telur (pukul perlahan)
1 sudu kecil esen vanila
243gm tepung serbaguna
30gm serbuk koko
66gm gula kastor
2 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil garam
76gm mentega (unsalted) * potong dadu & sejukkan
Cara menyediakannya:
1. Satukan tepung, garam, serbuk penaik, gula, soda bikarbonat, serbuk koko & digaul rata.
2. Ramaskan dengan mentega hingga berderai.
3. Masukkan whipping cream, esen vanilla & telur. Uli seperti biasa & canai.
4. Terapkan dgn acuan bulat biasa selain dipotong segitiga.
5. Sapukan bahagian atas scone dgn campuran satu sudu whipping cream & sebiji telur sblm dibakar.
No comments:
Post a Comment