Doh Pau
Bahan-bahannya:
500gm Tepung Gandum
2 sudu teh Baking Powder
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh Yis
40gm Lemak Sayuran (shortening)
200ml Air Suam* (anggaran 1 cawan)
80 gm Gula Halus*
1 camca teh Cuka Makan*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)
Cara-caranya:
1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti.
2. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik. Perap doh selama 45 minit.
3. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi doh kepada beberapa bebola kecil (aku dpt dlm 28 biji).
4. Ambil sebiji bebola doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping plastik / kertas yg digunting ikut saiz pau.
5. Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
6. Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 10 minit. Angkat dan sejukkan.
Inti Kelapa
Bahan-bahannya:
1/2 biji Kelapa Parut (bahagian putih sj)
1/2 cwn gula Merah
2 sudu besar Gula Pasir
1 sudu teh Garam Halus
1 cwn air
2 helai Daun Pandan (pintalkan)
1 sudu besar tepung jagung / tepung gandum (nk bagi inti melekat, oghang utara kata x ceghoi...hik3)
Cara-caranya:
1. Masukkan air, gula merah & gula pasir. Masak sehingga semua gula hancur & tapiskan.
2. Masukkan kelapa parut, daun pandan, garam & tepung jagung kedalam air gula tadi. Kacau rata.
3. Masak diatas api & kacau sentiasa utk elak hangus. Masak sehingga inti x berair lagi.
INTI KACANG MERAH
Disini aku selitkan sekali resepi inti kacang merah untuk rujukan aku & juga atas prmintaan seorg rakan...diharap ia dapat membantu....lagipun aku blum lagi pernah mencuba. Insyaalah, jika ada kesempatan, aku akan cuba & bleh tunjukkan hasilnya nnt.
Resepi 1
Resepi asal: Haliza Tajuddin, Majalah Saji
Bahan-bahannya:
300gm Kacang Merah - cuci bersih & rendam semlman
Air secukupnya
230gm Gula
230gm Minyak Jagung
Cara membuatnya:
Rebus kacang merah sehingga empuk dan kembang. Pastikan ada air sedikit. Biarkan sejuk. Kisar halus. Masukkan dalam kuali, campurkan dengan gula & minyak jagung, kacau sehingga mengental / berkilat. Sejukkan.
Resepi 2
Resepi asal : Kak Fida, myresipi.com
Bahan-bahannya:
1 kilo kacang merah - dicuci bersih dan rendam semalaman
500 g gula hitam/melaka - diracik2
1 ltr air
200 g gula pasir
3 helai daun pandan - disimpul
secukup air utk merebus kacang
Cara- caranya:
1. Masak gula hitam/melaka dgn 1 ltr air dan 2 helai daun pandan hingga gula larut dan tapis.
2. Rebus kacang merah dgn secukup air hingga kembang dan toskan.
3. Masukkan kacang didlm periuk dan masukkan air gula dan 1 helai daun pandan dan masak atas api yg sedehana. Kacau rata2 dan rasa. Jika kurang manis, tambah gula pasir sedikit2. Masak hingga sebati.
**Inti kacang tidak boleh terlalu cair atau terlau kering.
Saturday, January 16, 2010
PAU KUKUS INTI KELAPA
Pau lagi....ni requested by Mimie nk inti kelapa lak...kebetulan gi Sekolah Mimie ada Taklimat Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh (SPPM), jadi leh wat bekal. Kali ni buat, aku olah dari resepi yang aku masukkan sebelum ni....dapat ler 28 biji. Teksturnya lembut...x yah nk panaskan...mmg lembut sampai kepetang...bagi aku resepi dari Chef Li lebih memuaskan hati ( setakat ni ler).
Labels:
Kuih Muih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment