Monday, March 1, 2010

KUIH TALAM JAGUNG


Resepi asal: Kuih Talam Pandan - joayee@myresipi
Ini resepi olahan aku. Walaupun aku dh kurangkan sukatan cecair, tapi hasilnya agak lembik sikit. Kalu aku follow betui2 ntah ler apa jadinya. utk lapisan atas aku double kan adunan sbb tgk mcm skit jer. Lagipun aku guna loyang (9x9) inci. Kalu guna adunan asal gak, mmg nipis.

BAHAN-BAHANNYA:
Lapisan bawah:
2 1/4 cwn Tepung beras
1/3 cwn Tepung gandum
3 sb Tepung kastad (resepi asal x der)
1 1/2 cwn gula
5 cwn air (sukatan asal 5 1/2 cwn air pandan dari 10 helai daun pandan)
1 1/2 sb air kapur makan
1 tin jagung manis (resepi asal x der)

Lapisan Atas:
2/3 cwn Tepung beras (asal 1/3 cwn jer)
6 sb Tepung jagung (asal 4 sb jer)
4 cwn santan pekat (asal 3 cwn jer)
1 sk garam halus
Pewarna sirap ros

CARA MEMBUATNYA:
  1. Sediakan loyang, griskan & alaskan plastik. Sediakan pengukus. Sambil itu sediakan adunan lapisan bawah. Bila dah mendidih, dgn api sederhana, panaskan loyang selama 3 minit.
  2. Bagi lapisan bawah, satukan semua bahan kecuali jagung. Bila semua digaul rata, tapiskan. Kemudian masukkan jagung tin. Gaul rata.
  3. Bila loyang dah panas, tuangkan adunan lapisan bawah. Kacau sekejap sehingga adunan agak pekat. (or kacau adunan dlm periuk di atas api yg perlahan sehingga ia menjadi agak pekat. Kemudian barulah dituangkan ke dalam loyang). Tutup periuk kukus & kukus selama 10-15 minit / sehingga masak.
  4. Sementara menunggu lapisan bawah masak, sediakan adunan utk lapisan atas.
  5. Satukan semua bahan lapisan atas. Gaul rata & tapiskan.
  6. Bila lapisan bwh dh masak, tuangkan adunan lapisan atas perlahan2. Teruskan mengukus selama 20-30 minit / sehingga permukaan kuih talam ni kelihatan menggelembung.
  7. Matikan api & angkat keluar loyang kuih talam. Sejukkan ia sebelum dipotong.

NOTE:
  • Tujuan mengacau adunan bawah sehingga pekat supaya, jagung tidak terapung keatas kesemuanya. Jadi ia bercampur rata dlm kuih bila masak nnt.
  • Rasa lapisan bawah mcm puding jagung lak.
  • Kalu ikut tekak aku, rasanya memang sedap. Tapi yg x bestnya lembik skit. Jadi susah sikit bila nk potong. Kalu simpan dlm fridge, lagi best.
  • Sukatan gula boleh di kurangkan kepada 1 1/4 cwn kerana jagung tin dah manis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails