Rujukan resepi : kak fida@myresipi
BAHAN-BAHANNYA:
- 1 cwn (150gm) tepung gandum*
- 3 sb (30gm) tepung Hoen Kwee*
- 3/4 cwn (180gm) gula pasir*
- 2 biji telur (Gred B)*
- 3 cwn (750ml) santan pekat*
- 1/2 sk garam halus*
- 2 sb (15gm) serbuk k0ko + 1/4 cwn (60ml) santan pekat
CARA MENYEDIAKANNYA:
- Panaskan loyang dengan api sederhana sehingga mendidih. Sambil itu sediakan adunan.
- Satukan semua bahan-bahan yang bertanda *. Kacau sehingga semuanya sebati. Kemudian ditapis & dibahagi kepada 2 bahagian.
- 1 bahagian dibiarkan warna asal & 1 bahagian lagi dicampurkan koko, kemudian digaul rata & ditapis.
- Griskan loyang & alaskan palstik. Apabila kukusan dah mendidih, masukkan loyang ke dalam kukusan selama 3-5 minit.
- Masukkan Bahagian putih dahulu, kukus selama 5 minit. Kemudian masukkan bahagian koko & kukus lagi selama 5 minit. Ulang melapis & mengukus sehingga habis semua adunan. Bagi lapisan yg terakhir, kukus lagi selama 15-20 minit.
- Sejukkan dahulu baru dipotong.
NOTE:
- Loyang (7x7) inci
- 1 bahagian dpt dlm 2 1/2 cwn. Setiap lapisan, aku taruk anggaran 3/4 cwn++ adunan.
- Guna pisau plastik yg diminyakkan sedikit. supaya mudah di potong.
- Hasilnya mmg memuaskan hati. Tekstur kuih cantik & lembut. W/pun masih panas aku dh potong kuih tetap cntik & mudah dipotong (kes x sabar nk rasa).
No comments:
Post a Comment