Thursday, March 4, 2010

BAWAL MASAM MANIS


BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ikan bawal - bersihkan, kelar & gaulkan dgn garam kunyit
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 4 ulas bawang putih - ketuk / potong dadu
  • 2 cm halia - ketuk / mayang nipis
  • 3 sudu besar cili kisar
  • sedikit belacan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-4 inci Timun - potong dadu
  • 1 biji tomato - buang biji & potong
  • 1 tin kecil nenas- yg siap potong dadu
  • 1/2 potong capsicum / cili padi - potong dadu

CARA MENYEDIAKANNYA:
  1. Goreng ikan hingga garing & ketepikan.
  2. Panaskan minyak & tumiskan bawang besar, bawang putih & halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, belacan, sos cili, sos tomato & sos tiram. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan gula & garam secukup rasa. Tambah air jika perlu.
  4. Masukkan timun, tomato, nenas & capsicum. Gaul sehingga semua masak rata.
  5. Bila kuah agak pekat angkat & tuangkan atas ikan yg siap digoreng tadi.
  6. Siap utk dihidangkan & makan bersama2 nasi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails