Friday, March 5, 2010

KUIH LAPIS SERIWARNA


Sumber rujukan: kak fida @myresepi
Ini pula resepi hasil olahan aku. Hasilnya memuaskan hati. Lembut & kemanisan kuihnya sesuai ngan tekak aku.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 cwn (110gm) tepung gandum
  • 1 cwn (110gm) tepung beras
  • 1/4 cwn (30gm) tepung ubi
  • 1 1/4 cwn (240gm) gula pasir
  • 1 sk garam halus
  • 5 cwn (1250ml) santan pekat (dr 1 biji kelapa)
  • Sedikit pewarna sirap ros
  • 2 sudu besar serbuk koko

CARA MEMBUATNYA:
1. Campurkan santan, gula & garam. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan semua tepung. Kacau sebati & tapiskan.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian untuk mendapatkan 2 lapis merah, 2 lapis putih (asal) & 3 lapis coklat.
4. Cara melapis:
> Lapis 1 - Merah
> Lapis 2 - Coklat
> Lapis 3 - Putih
> Lapis 4 - Coklat
> Lapis 5 - Putih
> Lapis 6 - Coklat
> Lapis 7 - Merah
5. Biarkan kuih sejuk, barulah dipotong & dihidangkan.


NOTE:
1. Loyang (8.5x8.5) inci.
2. Sapukan loyang dgn myk & alaskan dengan plastik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails