Monday, March 29, 2010

Roti Sausage, Roll Sausage, Bun Kismis & Pizza

Roti lagi...ni pun sbb Mimie kena chickenpox...dh tak tau nk masak apa...buat roti camni ok gak sebab budak2 ni suka. Kalu masak nasi pun, emmm....ikut selera bdk2 ni gak...kadang2 x mkn sgt pun. Sesekali tukar selera, ok gak. Aku guna resepi basic roti yg aku penah N3 sblm ni (resepi asal pun dr Bro Rozzan)...dh siap doh roti ni, aku pelbagaikan hasilnya...menarik & sedap....sesuai lak roti ni utk roti sausage & pizza. Kalu nk rujuk roti sausage dr blog bro sila klik sini...


RESEPI ASAS ROTI
Bahan-bahannya:

Bahan A
  • 440 gm Tepung Roti
  • 60 gm Tepung Hong Kong (tpg gandum pun bleh)
  • 100 Gula
  • 1 sudu teh Garam Halus
  • 30 gm Susu Tepung (2 sudu besar)
  • 1 sudu teh Bread Improver
  • 1 paket (11gm) Yis Kering

Bahan B

  • 250ml Air
  • 1 biji Telur (pukul skit)

Bahan C

  • 80 gm Shortening / Lemak Sayuran

Bahan tambahan utk buat:

sausage roll (3 ketul):

  • Sosej secukupnya
  • 1 biji kuning telur + sedikit susu tepung (guna cara lain - sapu ngan fresh milk sblm bakar & mentega slps bakar)
  • Sedikit bijan utk tabur
Roti Sausage (6 ketul):
  • Sausage secukupnya
  • sayur campur
  • mayonis
  • Cili sos
  • Keju parut
Bun Kismis ( 10 ketul):
  • Kismis secukupnya
  • 10 keping papercup
Homemade Pizza (1 kpg pizza):
  • 1/4 biji cili cupsicum
  • sedikit carrot - parut kasar
  • 1/2 biji tomato
  • 2 ketul sausage
  • 1 ketul ayam - potong dadu
  • tomato sos
  • mayonis
  • cili sos

CARA-CARANYA:

  1. Campurkan semua bahan A & B dan uli sehingga jadi doh.
  2. Masukkan pula bahan C dan uli sehingga doh menjadi kenyal & licin. Biarkan doh selama 30-40 minit.
  3. Selepas itu, tumbuk2 doh & uli utk keluarkan angin. Ini amat penting utk menghasilkan tekstur roti yang lembut & tidak berongga besar.
  4. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Kena agak2 la utk sausage roll, roti sausage, bun kismis & pizza.
Cara membuat roti sausage yg aku cnp dr bro Rozzan:
Ambil sedikit doh yg telah diperap (kira-kira 80 gm) canai leper dan dibalut pada sebatang sosej. Biarkan ada lebihan doh pada sebelah bahagian sosej tadi. Ambil pisau dan hiris sosej seperti bentuk sikat. Bentukkan roti seperti di atas dan taburkan sedikit mixed vegetable.... (sila lihat cara pada pic yg saya tukil dr buku Chef Alex Goh ni)






Taburkan sedikit keju mozarella (jika suka, optional). Pastu bakar dgn suhu 180 darjah Celsius selama kira-kira 15-20 minit.





Keluarkan dan picitkan sos cili dan maiyonese. Kemudian masukkan semula roti ke dalam oven dan bakar lagi selama lebih kurang 10 minit atau sehingga roti masak kekuningan. Keluarkan dari oven dan sejukkan.




Cara membuat sausage roll:
  1. Ambil 1 bahagian, canaikan agak2 dapat 3cm lebar & 25cm panjang. Agak2 cukup utk sosej yg digunakan.
  2. Ambil satu potong, balut sekeliling sosej & letak diatas dulang yang sudah disapu shortening (mentega).
  3. Ulang balut sehingga sosej habis.
  4. Biarkan 1jam / sehingga naik. Sapukan kuning telur+ susu tepung & tabur sedikit bijan.
  5. Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama 20 minit.




Cara membuat bun kismis:
  1. Cuma campurkan kismis ke dalam doh.
  2. Kemudian bahagikan doh (bahagian bun kismis) kepada 10 ketul kecil & bulat2kan doh kecil & masukkan ke dalam papercup.
  3. Ulang sehingga habis & biarkan sehingga naik.
  4. Sapukan bahan sapuan pada permukaan bun.
  5. Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama 20 minit.



Cara membuat Pizza:
  1. Ambil doh bahagian pizza. Canai bulat spt dlm gambar agak2 tebalnya 1 cm.
  2. letakkan atas dulang bakar (tp aku guna tutup periuk...asal boleh jer)
  3. Tunggu doh naik sekejap. Kemudian bakar selama 10 minit & keluarkan.
  4. Sapukan permukaan kulit pizza dgn sos tomato. Ikut suka, taburkan bahan topping.
  5. Picitkan mayonis & sedikit sos cili (kalu bdk2 x suka pedas x yah taruk).
  6. Taburkan keju parut (lg byk lg sedap).
  7. Bakar lagi sehingga keju cair / permukaan pizza kekuningan.



Note:
1. Sausage & ayam mesti direbus / dimasak dahulu sblm digunakan utk roti or pizza.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails