Saturday, April 17, 2010

Panduan Untuk Membuat Kek Lapis

Tip - Tip Yang Perlu Difahami Untuk Membuat Kek Lapis.
Rujukan asal dari sini...

1. Sentiasa kacau sebelum menyendukkan adunan dalam tin pembakar supaya ramuan kek sebati dan tidak mendak.

2. Elakkan dari menggunakan api yang terlalu kuat, gril 140 deg C adalah memadai. Kek ini mempunyai kandungan gula yang pelbagai dari susu pekat, gula2 halus dan sirap, jadi ia mudah hangus. Menyediakannya juga memerlukan kesabaran.

3. Sirap perang memberikan warna belang-perang yang cantik diantara setiap lapisan.

4. Bahan2 kek lapis menggunakan mentega asli, susu pekat manis penuh krim dan telur yang segar (telur besar-gred A).

5. Majerin boleh digunakan tetapi kerana kandungan airnya yang tinggi, ia mudah tengik dan berkulat. Begitu juga Krimer manis dan susu isian pekat manis tidak setahan lama SUSU PEKAT MANIS PENUH KRIM.

`Contoh : Milkmaid, Dutch Lady Sweetened Full Cream Condensed Milk'

6. Lebih elok menggunakan mentega dalam tin, tetapi mentega ketul sudah memadai asalkan PURE CREAMY BUTTER. Ianya juga memberikan rasa kek yang halus, wangi dan gebu.

'Contoh : SCS, Fern, Five Star, Uncle Jack, Danish Lurpak, Golden Churn, Bonlac dll'

7. Jangan sapu setiap lapisan dgn mentega cair, ini akan membuatkan lapisan kek mudah `bercerai'.

8. Penggunaan kuning telur dan ovalette/Quick 75 dalam adunan kek adalah untuk melekat dan memantapkan lapisan kek. Juga elakkan dari menekan lapisan yang baru masak dengan kuat.

9. Biarkan semalaman baru dikeluarkan dari acuan dan dipotong untuk mengekalkan keharuman, kelembapan dan mensebatikan rasanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails